Kisah perkahwinan seorang ibu tunggal dengan rakan anaknya telah menarik perhatian ramai. Berita Harian melaporkan, pertemuan Junaidah Jamaludin, 47 bersama suaminya Ibrohim Kadir yang baru berusia 27 tahun adalah hasil usaha anak perempuan Junaidah yang kasihan melihat ibunya sering berseorangan di rumah. Jesteru, anaknya sering mengajak Junaidah keluar ketika berjumpa dengan rakan-rakan termasuk Ibrohim. Menurut Junaidah, pada awalnya tidak timbul sebarang perasaan dan dia hanya menganggap semua rakan anaknya seperti sahabat. Tambahnya lagi, semua rakan anaknya memanggilnya dengan panggilan 'Cik Jun'. "Perasaan dan cinta berputik apabila anak saya sering meminta bantuan Ibrohim dalam banyak perkara termasuk mengajar saya membawa kereta dan sebagainya."
"Berbanding rakan-rakannya, Ibrohim tidak pernah sesekali menolak permintaan anak saya untuk membantu saya. Dia memang sangat baik hati." Jelas Junaidah, kesungguhan dan kematangan Ibrohim serta bijak menawan hati, akhirnya mereka mengambil keputusan berkahwin selepas berkenalan sejak 2012. Sedar usia mereka yang terlalu jauh, namun Junaidah yakin kematangan suaminya menutup segala kekurangan termasuk bijak melayan beliau seolah-olah sama seperti usianya. Beliau turut bersyukur apabila keempat-empat anaknya sangat memahami dan yakin Ibrohim mampu menjaga ibu mereka. Sementara itu, Junaidah reda dengan ketentuan Allah dan berfikiran positif berhubung perihal cahaya mata.- CARI
|
26
Bagus |
23
Marah |
32
Terkejut |
14
Sedih |
18
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
putehkundor: Janda ni umur kalau 50 pun masih laku khens...Tak macam andartu...kalau dah masuk 45 macam dah mustahil utk bertemu jodoh khuens
CiliPadiSedap replied at 10-8-2017 12:39 PM
Market janda ni luas dik xtepu, market andartu ni makin lama makin shrinking.. pening akak bila AG ...
aHoi83 replied at 10-8-2017 12:51 PM
Janda dgn confident menganggap kawan2 anak sbg sahabat. Kalo i, kawan2 anak i , i anggap mcm anak i ...
finesse replied at 10-8-2017 12:45 PM
Knp agaknya cik cili.. sedangkan andartu ni masih berdarah. ;0
ADVERTISEMENT