CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trend Kahwini Kekasih Lama, Punca Ramai Warga Emas Bercerai

17-5-2017 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15216| Komen: 143

Description: Kadar penceraian pada usia senja di negeri Terengganu semakin meningkat dan membimbangkan.
Kadar penceraian pada usia senja di negeri Terengganu semakin meningkat dan membimbangkan.

Memetik laporan Berita Harian, kebanyakannya berpunca dari reunion atau pertemuan semula dengan rakan lama selain dari sikap curang pasangan itu sendiri.


Pegawai Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) daerah Kuala Terengganu, Mohd Ariffin Jusoh, berkata trend perceraian dalam kalangan warga emas semakin meningkat sejak lima tahun lalu, dengan kebanyakannya berusia antara 60 hingga 70 tahun.

"Sebahagian besar mereka juga memilih perceraian pada usia berkenaan dengan alasan menangguh berbuat demikian kerana komitmen anak, walaupun berdepan masalah sejak awal. 

"Kebanyakan mereka mendakwa sudah lama mahu bercerai tetapi tidak berbuat demikian kerana komitmen anak dan mengambil keputusan bercerai selepas semua anak sudah bekerja dan berkahwin," jelasnya lagi.

Foto Hiasan: labrums.co.uk
Sebanyak 2,245 kes perceraian direkodkan sepanjang tahun lalu dengan kebanyakannya berpunca daripada masalah kisah silam.

Ada pasangan yang jatuh cinta semula dengan kekasih lama selepas menghadiri majlis reunion yang dianjurkan selain ketahuan curang dengan pasangan melalui aplikasi WhatsApp. 

Mohd Ariffin berkata, pasangan seharusnya tidak terburu-buru mengambil keputusan bercerai selepas melihat kecurangan pasangan melalui laman sosial atau aplikasi WhatsApp.

Sebaliknya perlu menyiasat secara terperinci dan hadir ke sesi kaunseling sebagai langkah perdamaian dan mengelak perceraian. -CARI
21

Bagus
13

Marah
21

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote surwanis 17-5-2017 07:36 AM
bukan warga emas jek
org memuda pon sama
nak masuk senja pon sama
alasan xbhgia
padahal bini/laki dh byk berkorban
cinta till jannah sangadd,...
Quote Eva_yy_Ellin 17-5-2017 07:50 AM
Reunion, sesi mengenang keindahan percintaan zaman remaja.
Bercerai dengan pasangan yang dah berpuluh tahun membina keluarga, susah senang bersama, setia berkorban...semua tolak tepi demi cinta agung kononnya.
Berkahwin dengan kekasih lama...
Lepas tu? Back to square one.
Quote Maideen. 17-5-2017 07:56 AM
Nak buat lagu mana.......jodoh ditangan Tuhe.........

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Quote helicornia 17-5-2017 08:05 AM
bila mula ada socmed disusuli dgn reunion maka berjumpa semula la dgn kekasih lama. dh senja2 pikir amal ibadah je la...
Quote SelakLangsir 17-5-2017 08:17 AM
Org mcm xpndai kontrol diri dgn socmed. Perasaan mula2 biasa je. Tp ada melayan dan dilayan semua ble jd
Quote finesse 17-5-2017 08:27 AM
Maideen. replied at 17-5-2017 07:56 AM
Nak buat lagu mana.......jodoh ditangan Tuhe.........

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.  ...

Saloh tu abe maideen.

Nok buak lagu mano. Jodoh di tange tuhe.  


Takee beerrr!!
Quote zackry14 17-5-2017 08:28 AM
Quote chinta89 17-5-2017 08:30 AM
mmg diakui kata2 ni..kerana komitmen anak2. bila diorg dh dpt bdikari, msg2 bwk haluan sdiri.

"Sebahagian besar mereka juga memilih perceraian pada usia berkenaan dengan alasan menangguh berbuat demikian kerana komitmen anak, walaupun berdepan masalah sejak awal. "
sedih tgk statistik

"Kira-kira 200 kes perceraian dilaporkan setiap bulan sepanjang tahun lalu dan kebanyakannya berpunca daripada masalah pasangan yang didakwa tidak bertanggungjawab.

Quote trakea 17-5-2017 08:30 AM
Reunion hanya patut dibuat di Pulau Reunion saja. Ekekeke
Quote umbut 17-5-2017 08:49 AM
Kesian.. Ingat dpt bersama berteman bila anak2 dah berkeluarga.. Di tinggal sendiri.. Kita pun x tahu nasib kita dihari tua..
Quote Maideen. 17-5-2017 08:51 AM
finesse replied at 17-5-2017 08:27 AM
Saloh tu abe maideen.

Nok buak lagu mano. Jodoh di tange tuhe.  

Hehehehe.......

Kalau nak nampak suci lagi mereka  boleh menggunakan ungkapan orang beriman yang menyalahkan Tuhe ia itu : La hawla Wala Kuwata Illah Billah".. yang bermaksud, actually I tak ada kuasa tawww, ini summmmmmua kehendak Allah jugak!

I mean why admit a flame was rekindled and you don't want to suppress the urge to screw your ex again when you can blame God isn't it?
Quote takayama 17-5-2017 08:56 AM
Jika dahulu memang jarang yang bercerai pada usia senja, tetapi kini masalah itu semakin meningkat


mcm dah jd satu fenomena sekrg ni
klu dulu yg muda2 jer galak bercerai tp sekrg yg veteren pun xnk kalah
Quote Peya 17-5-2017 09:04 AM
Pasal reunion la hati chenta bertaut kembali ye atok n nenek? Patut usia2 bonus ni la bykkan beribadat g masjid2 n mengaji. Ni tak, lebihkan terung kecut n apam basi. Kawin 2 3 bulan pastu padam
Quote rospinki 17-5-2017 09:17 AM
aku dh lama perati reunion tk aada yg mengerat silatruahhimmnya..mengerat lutut adalah
jujurin aku tk pernah pegi reunion..ya2 konon mcm nk pi..tidak hingin aku nk jumpa sekor2 muka dh mcm asam keping badan mcm patrick..utk apa semua tu.

ada haritu kt pizzahut..ya Allah aku igtkan remaja dok ramai2..gelak mengekek2 laki pompuan bemesera..rupyanya smua mak2 ngan bapak org re-union dlm tu..smpi ke sudah diorg buat bising dlm tu sembang kuat2..troback citer lama..malu la weh..buatlah perangai selayaknya.

balik pada topik asal..byk aspek kena kaji dlm isu ni..jgn suka2 mnyalah keadaan..w/pun aku sdiri end up bercerai..tapi bukan suka2 nak tunggu certain masa hanya sebab yg tidak seberapa dendnam smpi tua nk bercerai.
Quote honeybee1802 17-5-2017 09:19 AM
Kd kt parents member i...dah bercucu dah..cucu dah besor..1 day panggil anak2 balik kg, rupanya nak ckp hal nak bercerai, sbb apaknya tergilakan janda hot katanya...hamik la..kene kikis ngan jan tu....hengat janda muda hadap sgt muka kertu kalo tak kerana money....
Quote pumpkingirl 17-5-2017 09:23 AM
Tak koser ah nak pegi reunion2 ni..hidup berdasarkn masa sekaramg n hadapan.bukan masa lepas.let bygones b bygones.
Quote JeNaB_PopPop 17-5-2017 09:26 AM
tgok grup wassap org2 tua yg atas 50 taun ni...amboi amboi...amboi....bukan main galak lagi xkira jantan ke betina...masing2 dh pangkat atuk nenek, ayat skema tapi puitisss.....
Quote vanillaninja 17-5-2017 09:32 AM
Dasar manusia tak reti nak move on. Masing2 dah ada life tapi sibuk nak mengenangkan kisah lalu like get a grip, people.
Quote arasham 17-5-2017 09:38 AM
umbut replied at 17-5-2017 08:49 AM
Kesian.. Ingat dpt bersama berteman bila anak2 dah berkeluarga.. Di tinggal sendiri.. Kita pun x tah ...

Pilihan sendiri sebenarnya. Pilihan nak layan reunion, pilihan nak layan wasap mengarut sampai pagi. Pilihan nak huhahuha dgn kwn sekolah kononnya..
Semua tu tak de sesiapa yg paksa. Kami berdua mmg tak layan semua benda ni banyak lagi hal nak diuruskan. Mmg semua ank tak tggl dgn kami, busy plak dgn benda lain. Last week group sekolah en suami, umur masing2 55 ke atas.. Pergi share gambar lucah, memalukan sgt2.. Last2 left group. Dah tua2 dah, kubur dah melambai2  nauzubillah perangai..

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.325451 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top