Tak cukup dengan berita lelaki Indonesia yang dibakar hidup-hidup, kali ini muncul pula video dahsyat dari China. Rakaman yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan seorang wanita yang sedang mendukung anak hanya 'buat bodoh' sahaja melihat seorang budak lelaki dilanggar kereta.
Tak tahulah apa yang ada di dalam fikirannya, tapi wanita terbabit langsung tidak cuba untuk menyelamatkannya sedangkan dia hanya berdiri beberapa meter dari situ. Pemandu kereta tersebut mungkin tidak menyedari kewujudan budak terbabit di hadapan keretanya kerana dia dilihat sedang mencangkung ketika kejadian. Selepas dilanggar, mangsa terperosok ke bawah kereta tapi macam sebelumnya, wanita tadi tetap tidak berganjak dari tempatnya.
Menurut sumber Shanghaiist, mujur pemandu berkenaan sedar dan segera mengejarkannya ke hospital. Netizen yang melihat rakaman ini mengecam wanita berkenaan yang dianggap kejam dan tidak berhati perut. "Kau boleh buat bodoh je kak?" "Otak letak mana, kalau jadi kat anak kau baru padan muka." Apa pun, tolong jangan tiru perangai wanita tersebut. Kalau nampak depan mata, bantulah menyelamatkan nyawa seorang budak kecil yang tidak berdosa. -CARI
|
33
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
WajibulGhunah: I pnh dga kt China kalau sesiapa tolong org eksiden mmg org yg tolong tu kne tanggungkn semua...that's why makhluk tu buat bodoh je bdk tu kne langgar ...
mommymonster82 replied at 9-8-2017 08:39 PM
Ada me pernah baca dorg kata kat cina org takut nak tolong org yg eksiden..kt sana mmg asal ada pelu ...
ADVERTISEMENT