Akibat beberapa kali dirogol oleh bapa saudara, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di New Delhi disahkan hamil, justeru itu ibu bapanya membuat rayuan untuk membenarkan anak mereka itu menggugurkan kandungannya. Bagaimanapun memetik laporan portal Evening Standard, mahkamah menolak rayuan tersebut memandangkan bayi di dalam kandungan kanak-kanak itu sudah berusia lebih 20 minggu. Ini kerana sekiranya berbuat demikian ia akan membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut berdasarkan laporan kesihatan. Selain kecewa dengan keputusan mahkamah, ahli keluarga mangsa turut berdepan tekanan dari pihak media susulan berita tentang kes anak mereka tular.
Difahamkan juga tindakan mahkamah itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan pengamal media malah juga masyarakat umum di India. Sementara itu, oleh kerana mangsa rogol di India sukar diterima masyarakat, Ibu bapa mangsa tersebut bimbang masa depan yang dihadapi anak mereka apabila membesar kelak. Kini bapa saudara mangsa rogol itu berada dalam tahanan polis untuk disoal siasat.- CARI
|
16
Bagus |
17
Marah |
13
Terkejut |
20
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Maideen. replied at 7-8-2017 07:38 PM
Manusia jenis apa kah yang boleh tegang toteynya dengan budak pompuan 10 tahun? Ptuiiii!
Nota: ...
ADVERTISEMENT