“Jika ada pihak mengaitkan lagu saya dengan unsur iluminati, tuduhan itu tidak logik. Jika benar, sudah pasti saya telah
menggunakan simbol mata semenjak single pertama lagi." Ayda Jebat berkata sedemikian bagi menangkis dakwaan segelintir pihak terhadap cover atau poster single terbaharunya yang kononnya mempunyai unsur iluminati. "Simbol mata itu merupakan idea saya sendiri. Mata merupakan anugerah berharga Tuhan dan jika diperhatikan dengan lebih mendalam, simbol tersebut merupakan cantuman beberapa nombor yang direka khas bagi membentuk imej sepasang mata.
“Mata juga membawa maksud ‘markah’. Memandangkan lagu saya membawa tema semangat, lagu ini sesuai ditujukan untuk pihak lawan dan menjadi perlambangan perjalanan karier saya semenjak menyertai pertandingan realiti nyanyian, menempatkan diri dalam dunia lakonan serta bangkit semula dalam bidang muzik," jelasnya. Dalam masa sama, Ayda bersyukur single terbaharunya mendapat sambutan positif daripada orang ramai. “Alhamdulillah, video lirik lagu Mata yang merupakan hasil idea saya sendiri mendapat respon menggalakkan. Saya berterima kasih kepada semua peminat, terutamanya AJ Screamers yang tidak pernah penat menyokong kerjaya seni saya. “Saya berharap agar sambutan yang diterima tidak akan putus. Apa yang boleh saya janjikan kepada semua peminat adalah untuk mempertingkatkan lagi kualiti kerja saya dalam bidang lakonan dan nyanyian,” katanya lagi. Okey, lepas ni jangan ada lagi yang kata lagu Ayda ada unsur iluminati ya. Setuju? - CARI |
20
Bagus |
12
Marah |
22
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT