“Dunkirk” memang power. Filem perang arahan Christopher Nolan yang mengisahkan gerakan menyelamatkan tentera bersekutu yang terperangkap di pelabuhan Perancis berdekatan Selat Inggeris ketika tentera Jerman mara memasuki Perancis pada tahun 1940 - masa perang dunia kedua.
Dah tengok? Saya belum. Tapi kawan saya dah. Balik dari panggung wayang terus dia post kat fb. Dia tanya siapa yang boleh buat filem “Kota Baru “ – pendaratan askar Jepun di Malaya waktu perang dunia kedua. Pada saya ada. Orang filem kita ada yang boleh. Industri filem kita ada penerbit, pengarah, cinematographer dan team yang boleh menghasilkan filem perang untuk menjawab pertanyaan kawan saya itu. Orang filem kita mampu mengeluarkan atau mencari bajet besar. Filem perang memang perlu bajet besar. Apatah lagi filem World War Two. Bukan sekadar peralatan ketenteraan tapi kena ambil kita kostum, lokasi dan segala macam untuk menggambarkan keadaan tahun 1940. Casting pun mesti menyeluruh.
Yang pasti ada dan boleh. Orang filem kita ada kepakaran, kemahiran dan kreativiti serta teknologi untuk melahirkan fiem macam itu. Kalau tak sehebat Dunkirk pun sekurang kurangnya hasil kerja yang tidak memalukan. Namun orang filem kita dikenakan pelbagai halangan dan sekatan.Terlalu banyak pantang larang yang dikenakan pihak berkuasa termasuk lembaga penapisan. Pelbagai pantang larang yang mesti mereka ambil kira. Kalau ingkar, langgar arahan atau tidak ikut garis panduan yang disediakan, filem tidak boleh disiar dipanggung wayang. Maknanya rugi besar. Rugi duit, rugi tenaga, rugi segalanya. Peraturan membabikan penerbitan semua filem. Tak kira filem perang, filem kelakar (oops maksud saya komedi), filem cinta, muzikal, hantu. Apa pantang larang yang dimaksudkan? Pakaian menjolok mata, adegan seks, lucah. LGBT – itu semua kita dah maklum. Begitu juga dengan sensitiviti keagamaan. Selain itu orang filem kita diberitahu filem mereka tidak boleh ada unsur negatif. Contoh - adegan orang hisap rokok, minum arak sebagainya. Sebab? Pihak berkuasa kata itu semua akan memberi kesan negatif kepada penonton (rakyat Malaysia). Pelik. Bayangkan adegan kelab malam di mana pengunjung tidak merokok dan minum arak. Akibatnya sesuatu yang tidak real kerana kita tahu apa atau bagaimana suasana dan keadaan dalam kelab malam. Adegan membabitkan pengambilan rasuah kakitangan kerajaan atau anggota polis dilarang. Perlu diingat gejala rasuah wujud. Tetapi adegan rasuah dalam filem tidak bermaksud filem yang dihasilkan menuduh rasuah berleluasa di negara ini. Atau semua anggota polis korup. Adegan itu mesti dilihat secara total dan dalam konteks filem. Turut dilarang – orang jahat menang. Atau kejahatan mesti kalah. Diakhir filem si jahat mesti tewas dan menerima padah dan dihukum atas kejahatan mereka. Adakah itu realiti? Walaupun kita semua tidak suka dan tidak mahu kejahatan bebas begitu sahaja. Objektif pihak berkuasa ialah mesej filem mesti crime atau evil does not pay. Tapi kan ini sekadar filem? Dan bagaimana pula dengan filem yang berdasarkan kisah benar di mana watak utamanya orang jahat yang berjaya melepaskan diri? Maknanya filem kisah benar atau mengenai sejarah tidak boleh dihasilkan jika tidak ada “unsur positif “ seperti yang dituntut pihak berkuasa . Yang mereka mahu hanya adegan yang baik baik. Lantas menjadi filem yang tidak boleh atau susah untuk penonton menghayati. Susah nak “relate”. Dengan pelbagai larangan dan patang larang seperti itu, orang filem kita terikat dan tidak dapat express talent dan cita rasa masing masing. Maka kita disajikan dengan filem yang ada sekarang, yang “selamat” yang kadang kala dikutuk dan dikritik.
|
21
Bagus |
19
Marah |
19
Terkejut |
27
Sedih |
20
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ashcroft86 replied at 4-8-2017 11:49 PM
Baru tengok dunkirk kelmari kt imax. 10bintang! Score musik hans zimmer memang roh kepada cerita tu, ...
zjen: para pengiat seni ni .... bila lagi nak sedar zaman dah berubah .... dulu zaman 50 an masih xde TV, filem menjadi hiburan utama, sejak ada tv ...
Skuau: Soalan nya...kita ada dh filem perang...tp kenapa masih 'tak boleh jual'?
sekngucing: industri melayu melukut tepi gantang... tgok. la. poster billboard di kl tu... film. omputeh semua... ciba pegi thailand .. india... film diorang la y ...
zjen replied at 4-8-2017 01:06 PM
para pengiat seni ni .... bila lagi nak sedar zaman dah berubah .... dulu zaman 50 an masih xd ...
bit replied at 4-8-2017 02:06 PM
Citer melayu kena di alam khayalan jer, polisnya baik baik, politician bersih, kelab malam minum sod ...
ashcroft86 replied at 4-8-2017 11:49 PM
Baru tengok dunkirk kelmari kt imax. 10bintang! Score musik hans zimmer memang roh kepada cerita tu, ...
armin replied at 6-8-2017 04:20 AM
Movie thailand mostly lagi advance dari kita. Baik movie lawak, movie cinta dorg pun lagi kreatif ...
sekngucing replied at 5-8-2017 12:26 AM
industri melayu melukut tepi gantang... tgok. la. poster billboard di kl tu... film. omputeh semua.. ...
ADVERTISEMENT