Punyalah sebelum ni menafikan yang mereka dah bercerai, sudahnya mengaku jua keadaan sebenar.
Pelakon filem Juvana, Adam Shahz mengesahkan dirinya sudah menceraikan bekas isteri iaitu Fatin Afeefa, 22, dengan talak satu pada 30 Mei lalu. "Saya faham, sebelum ini rumah tangga kami pernah bergolak gara-gara isu saya membalas mesej seorang wanita. Demi Allah, di pihak saya, tiada orang ketiga. "Apa yang saya boleh katakan, keretakan ini berpunca daripada pergaulan kawan. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Lagipun kami berbaik dan masih lagi keluar bersama demi anak-anak. Saya tak mahu mengeruhkan keadaan kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain untuk membesarkan mereka," ujarnya kepada BH Online.
Adam, 35, akui mereka tinggal berasingan sejak Januari lalu kerana mahu berpindah rumah dan keadaan mereka ketika itu masih baik. "Tiba-tiba, apabila kami berjumpa, dia (Fatin) memberitahu dirinya tidak boleh lagi bersama saya dan memohon perceraian. Saya anggap, mungkin kerana dia tertekan dengan kerja, saya berikan dia masa dan bawa anak kami pulang ke kampung. "Dua hari selepas itu, dia menghantar pesanan menerusi WhatsApp meminta saya menghadirkan diri ke mahkamah. Pada malam itu saya menunaikan solat istikharah dan Allah tunjukkan jalan pada saya. Saya reda dengan ketentuan ini," katanya. Sementara itu, Fatin yang juga seorang pelakon akui salah memilih kawan menjadi faktor yang mendorong kepada perceraiannya dengan Adam. "Perceraian ini mengajar saya supaya berhati-hati memilih kawan bagi memastikan diri tidak terpengaruh dengan perkara negatif. Selain itu, kita juga tidak tahu agenda di sebalik keikhlasan mereka berkawan dengan kita. "Selepas bercerai pula, saya tidak perlu bersusah payah menjauhkan diri daripada mereka kerana masing-masing terlebih dulu berbuat demikian terhadap saya. Mereka secara tidak langsung turut mendorong saya untuk membuat keputusan itu (berpisah). "Saya tidak mempunyai ramai kawan, jadi apabila tersebarnya perkara tidak enak mengenai perihal rumah tangga, pasti saya sudah dapat menghidu dari mana punca cerita itu keluar," jelasnya. Terdahulu, Fatin memfailkan perceraian pada 15 Mei lalu selepas berasakan mereka sudah tidak sehaluan. "Saya memohon maaf apabila terpaksa berdolak-dalik mengenai status perceraian kami kerana tidak mahu tertekan," katanya. Nah, terjawab sudah persoalan ramai mengapa mereka tinggal berasingan selama ini. - CARI
|
16
Bagus |
23
Marah |
17
Terkejut |
20
Sedih |
23
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT