Assalamualaikum, Sesungguhnya senyuman di wajah mampu memberi emosi yang indah kepada diri dan mereka yang menatapnya. Jadi jom kita amalkan senyuman. Untuk segmen kali ini, saya nak membincangkan mengenai ‘senyuman’. Topik ringkas tetapi jika dipandang remeh mampu mendatangkan emosi yang tidak baik kepada kita semua. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita sentiasa dalam mod senyum kerana akan ada situasi yang berlaku mengakibatkan diri tertekan, marah, sedih, kesal dan sebagainya. Seperti yang sering kita alami apabila berurusan di kaunter apabila kehadiran kita dilayan seperti endah tak endah sahaja. Dengan raut muka yang masam, nada suara yang deras dan tegas ditambah pula dengan pandangan mata yang tidak langsung melihat kita. Saya pasti sesiapa sahaja yang melalui keadaan ini sedikit sebanyak akan berasa meluat dan marah kerana dilayan sebegitu rupa. Begitu juga saya. Yang pasti jika berlaku kepada saya, saya akan pantas berkata, ‘Puan, senyum sikit, sejuk hati saya pandang, ini masam je, saya pun boleh tertekan tengok.’ Apa pula reaksi pembaca? Keadaan seperti ini bukan sahaja selalu berlaku di kaunter-kaunter urusan, tetapi juga sering didengari di tol-tol apabila ada jurutol yang sukar untuk senyum tetapi lebih bermasam muka dan tidak berkomunikasi langsung. Persoalannya, adakah kita boleh terus menyalahkan mereka 100%. Mungkin mereka yang sentiasa berfikiran positif akan menganggap mereka ini sedang menghadapi masalah peribadi lantas sukar untuk melontarkan senyuman. Mungkin juga mereka ini sering diganggu lelaki-lelaki gatal yang cuba mengusik dan bertindak melampau. Dari situ, mereka mengelakkan diri dengan bermasam muka supaya tidak ada lelaki berani mengganggu. Walaupun apa jua sebabnya, adalah disarankan untuk kita sentiasa senyum apabila berhadapan dengan orang terutama apabila sedang berurusan. Bukankah senyuman itu sedekah? Percaya atau tidak, dengan senyuman itu sahaja kita mampu memberi keamanan kepada dunia. Senyuman mampu memadamkan api kemarahan dan dendam, senyuman juga mampu mematikan keegoan yang tinggi, senyuman juga adalah detik permulaan terjalinnya sesuatu persahabatan, senyuman juga mampu meredakan emosi apabila berhadapan dengan permasalahan, lantas senyuman itu juga menebalkan kesabaran dalam diri. Namun, hanya senyuman yang ikhlas memenuhi definisi di atas kerana senyuman sinis membangkitkan kemarahan seseorang. Jadi di sini saya ingin berkongsi tips yang berguna untuk kita semua amalkan supaya hari demi hari kita akan sentiasa tenang dan sentiasa memberi ketenangan kepada orang sekeliling. (1)Sebelum tidur : Berbisiklah di dalam hati memohon kepada Yang Maha Esa agar kehidupan pada esok hari dipermudahkan dan mohonlah kepadaNya agar menjadikan diri seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat, lantas senyumlah dengan ikhlas. (2) Bangun daripada tidur : Amalkan dan wajibkan diri anda apabila buka sahaja mata, terus mulakan dengan senyuman – Rasionalnya, elemen positif akan menarik elemen positif ke sistem tubuh anda. Ia akan melatih diri anda untuk sentiasa ikhlas dan redha dengan ketentuan Illahi. Lihatlah hari-hari anda akan lebih tenang biar bermacam dugaan yang menimpa. 3) Keluar rumah untuk ke sekolah / tempat kerja : Selain mengamalkan Ayatul Kursi, berbisiklah di dalam hati bahawa anda bersungguh-sungguh menuntut ilmu / bekerja dan mohonlah kepadaNya agar segala usaha anda akan memberi manfaat kepada anda dan orang lain, hingga akhir hayat. Selain doa yang diangkat Illahi, minda separa sedar kita akan memberi arahan kepada sistem badan kita untuk melakukan seperti yang kita doakan. 4) Tiba ke sekolah / tempat kerja : Melangkah masuk ke dengan kaki kanan dan sekali lagi bisiklah di dalam hati memohon agar dipermudahkan segalanya. Sekiranya 4 perkara di atas diamalkan secara berterusan, dengan izin Allah, kita melatih diri supaya sentiasa dalam keadaan tenang dan bersyukur dengan segala kurniaanNya. Lantas, ketenangan dan kesyukuran itu dapat dilihat dengan senyuman yang indah yang mampu memberi ketenangan kepada orang lain pula. InsyaAllah. Salam Ikhlas, ----Airol Irwan Limin---- |
17
Bagus |
25
Marah |
20
Terkejut |
22
Sedih |
27
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ninnakarinna replied at 3-8-2017 09:15 PM
Niatnya memang mcm ni.. tp kalau kat skolah susah sikit nak amalkan. Bila kita senyum anak murid nai ...
carly_lah replied at 3-8-2017 09:15 PM
Nk bg org kt kaunter senyum senang je, masa sampai kt kaunter bg salam, cakap lelembut, dh siap u ...
insulin replied at 3-8-2017 11:04 PM
Kak Nin terlupa bawa rotan 3 meter semasa mengajar kut? Ianya berkesan sewaktu zaman sekolah saya ...
merrissa replied at 3-8-2017 11:54 PM
xde makna nya....kalo dah org kaunter tuh mmg malas senyum...ko senyum smpai telinga pon xde nya d ...
MyNameIsIris replied at 4-8-2017 02:09 PM
sebab i pernah kerja in customer line so i faham perasaan diorang especially kalau time pms
so i ...
ADVERTISEMENT