CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7038|Reply: 38

‘Puan, Senyum Sikit, Sejuk Hati Saya Pandang, Ini Masam Je, Saya Pun Boleh Terte

[Copy link]
Post time 3-8-2017 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Sesungguhnya senyuman di wajah mampu memberi emosi yang indah kepada diri dan mereka yang menatapnya. Jadi jom kita amalkan senyuman.

Untuk segmen kali ini, saya nak membincangkan mengenai ‘senyuman’. Topik ringkas tetapi jika dipandang remeh mampu mendatangkan emosi yang tidak baik kepada kita semua. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita sentiasa dalam mod senyum kerana akan ada situasi yang berlaku mengakibatkan diri tertekan, marah, sedih, kesal dan sebagainya.

Seperti yang sering kita alami apabila berurusan di kaunter apabila kehadiran kita dilayan seperti endah tak endah sahaja. Dengan raut muka yang masam, nada suara yang deras dan tegas ditambah pula dengan pandangan mata yang tidak langsung melihat kita. Saya pasti sesiapa sahaja yang melalui keadaan ini sedikit sebanyak akan berasa meluat dan marah kerana dilayan sebegitu rupa.





Begitu juga saya. Yang pasti jika berlaku kepada saya, saya akan pantas berkata, ‘Puan, senyum sikit, sejuk hati saya pandang, ini masam je, saya pun boleh tertekan tengok.’ Apa pula reaksi pembaca?

Keadaan seperti ini bukan sahaja selalu berlaku di kaunter-kaunter urusan, tetapi juga sering didengari di tol-tol apabila ada jurutol yang sukar untuk senyum tetapi lebih bermasam muka dan tidak berkomunikasi langsung. Persoalannya, adakah kita boleh terus menyalahkan mereka 100%.




Mungkin mereka yang sentiasa berfikiran positif akan menganggap mereka ini sedang menghadapi masalah peribadi lantas sukar untuk melontarkan senyuman. Mungkin juga mereka ini sering diganggu lelaki-lelaki gatal yang cuba mengusik dan bertindak melampau. Dari situ, mereka mengelakkan diri dengan bermasam muka supaya tidak ada lelaki berani mengganggu.

Walaupun apa jua sebabnya, adalah disarankan untuk kita sentiasa senyum apabila berhadapan dengan orang terutama apabila sedang berurusan. Bukankah senyuman itu sedekah? Percaya atau tidak, dengan senyuman itu sahaja kita mampu memberi keamanan kepada dunia.

Senyuman mampu memadamkan api kemarahan dan dendam, senyuman juga mampu mematikan keegoan yang tinggi, senyuman juga adalah detik permulaan terjalinnya sesuatu persahabatan, senyuman juga mampu meredakan emosi apabila berhadapan dengan permasalahan, lantas senyuman itu juga menebalkan kesabaran dalam diri. Namun, hanya senyuman yang ikhlas memenuhi definisi di atas kerana senyuman sinis membangkitkan kemarahan seseorang.

Jadi di sini saya ingin berkongsi tips yang berguna untuk kita semua amalkan supaya hari demi hari kita akan sentiasa tenang dan sentiasa memberi ketenangan kepada orang sekeliling.


(1)Sebelum tidur :
Berbisiklah di dalam hati memohon kepada Yang Maha Esa agar kehidupan pada esok hari dipermudahkan dan mohonlah kepadaNya agar menjadikan diri seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat, lantas senyumlah dengan ikhlas.

(2) Bangun daripada tidur :
Amalkan dan wajibkan diri anda apabila buka sahaja mata, terus mulakan dengan  senyuman – Rasionalnya, elemen positif akan menarik elemen positif ke sistem tubuh anda. Ia akan melatih diri anda untuk sentiasa ikhlas dan redha dengan ketentuan Illahi. Lihatlah hari-hari anda akan lebih tenang biar bermacam dugaan yang menimpa.   


Foto: Carian internet

3) Keluar rumah untuk ke sekolah / tempat kerja :
Selain mengamalkan Ayatul Kursi, berbisiklah di dalam hati bahawa anda bersungguh-sungguh menuntut ilmu / bekerja dan mohonlah kepadaNya agar segala usaha anda akan memberi manfaat kepada anda dan orang lain, hingga akhir hayat. Selain doa yang diangkat Illahi, minda separa sedar kita akan memberi arahan kepada sistem badan kita untuk melakukan seperti yang kita doakan.
  
4) Tiba ke sekolah / tempat kerja :
Melangkah masuk ke dengan kaki kanan dan sekali lagi bisiklah di dalam hati memohon agar dipermudahkan segalanya.

Sekiranya 4 perkara di atas diamalkan secara berterusan, dengan izin Allah, kita melatih diri supaya sentiasa dalam keadaan tenang dan bersyukur dengan segala kurniaanNya.

Lantas, ketenangan dan kesyukuran itu dapat dilihat dengan senyuman yang indah yang mampu memberi ketenangan kepada orang lain pula. InsyaAllah.

Salam Ikhlas,

----Airol Irwan Limin----

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2017 08:32 PM | Show all posts
kalau rasa tak mampu nak senyum, jangan keje dalam bidang ni...  takpun, bila agak2 dah terlalu stress, take a break...  pi la minum air sat, tarik nafas, bertenang...  amek masa at least 5 minit...  supervisor pun kena ada give and take untuk lepaskan staff bertenang kejap...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Niatnya memang mcm ni.. tp kalau kat skolah susah sikit nak amalkan. Bila kita senyum anak murid naik kepala. Tegur pun mcm kita ni kwn2 dia plak. Amboi. Cuba kita muka masam n tenung tajam. Tau plak dia behave.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk bg org kt kaunter senyum senang je,  masa sampai kt kaunter bg salam,  cakap lelembut,  dh siap ucap terima kasih....  Setakat ni berkesan je kat carly....  
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 09:36 PM | Show all posts
Pg2 nak gi keje da rushing sbb bangun lambat

yg ade anak nak siapkan anak bagai tak sempat sarap

then pg2 da gaduh ngan pasangan..dtg keje ngadap

jem bos maki..dlm kepale asek pk bank

astro bagai punye hutang byk tertunggak then


& member pun sama manjang wasap tuntut hutang

bla bla bla..

Then camane la nak keje senyium dgn ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Amalkan ayat kursi selalu ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2017 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Amalkan ayat kursi selalu ya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 11:04 PM | Show all posts
ninnakarinna replied at 3-8-2017 09:15 PM
Niatnya memang mcm ni.. tp kalau kat skolah susah sikit nak amalkan. Bila kita senyum anak murid nai ...

Kak Nin terlupa bawa rotan 3 meter semasa mengajar kut? Ianya berkesan sewaktu zaman sekolah saya pada tahun 1999...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2017 11:54 PM | Show all posts
carly_lah replied at 3-8-2017 09:15 PM
Nk bg org kt kaunter senyum senang je,  masa sampai kt kaunter bg salam,  cakap lelembut,  dh siap u ...

xde makna nya....kalo dah org kaunter tuh mmg malas senyum...ko senyum smpai telinga pon xde nya dia nk bls senyuman ko....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 11:54 PM | Show all posts
pernah taya hakak kat kaunter pertanyaan....jawab mcm kite curik  laki dia lak....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 07:11 AM | Show all posts
ini kalau kat kaunter boleh nampak muka kan.
kalau jenis kita call..yg jawab tu macam lahanat.
ada yg cakap mcm tgh tido, cakap sambil makan, cakap mcm nak matiiii pun ada aku rasa.
jilake sgt perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 3-8-2017 11:04 PM
Kak Nin terlupa bawa rotan 3 meter semasa mengajar kut? Ianya berkesan sewaktu zaman sekolah saya  ...

3 meter? Panjang sgt tu. Meleret2 abis langgar semua org kang.

Masa mula2 posting je bawa tp yg 1 meter la. Cikgu sains senang dpt access. Amik kat lab je. Stahun berbatang2 patah duk melibas meja n bdk. Pembantu makmal jeling je bila kita minta pembaris baru.ekekeekeke

Skrg xyah. Bak kata bdk skola kaka, renungan maut cikgu n*****

Mempan giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 08:46 AM | Show all posts
da kalau susah nak senyum pi duduk jaga store/file
senang, tak menyakitkan mata org yg berurusan
alih2 alasan ada masalah peribadi lah (ello org lain pon ada masalah), ada gak yg perasan org nak menggatal (again ello, klu muka macam selena gomes haruslah tak kerja kat kaunter )
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan setakat untuk orang2 yang berkerja kat kaunter je..

Sedangkan yang biasa2 tak kenal ni pun jumpa selisih iols bagi senyuman pun pandang iols cam pelik.. ape ke hei? Bila ajak sembang lg la layan mcm iols is alien..

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 09:45 AM | Show all posts
senyummmmmmmm.....................
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 09:49 AM | Show all posts
merrissa replied at 3-8-2017 11:54 PM
xde makna nya....kalo dah org kaunter tuh mmg malas senyum...ko senyum smpai telinga pon xde nya d ...

dgn carly menjadi aje... mungkin senyuman carly menawan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2017 11:52 AM | Show all posts
senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 12:52 PM | Show all posts
Itu le hakikatnya kebanyakan pekerja kaunter kat Malaysia ni memang agak payah mereka nak senyum nak2 kalau time customer ramai muncung je kadang tu.  Kalau mintak penerangan lanjut tentang satu2 urusniaga tu pun macam malas nak layan je.  Melainkan kalau kita kenal baru le nampak senyuman terukir.  Tapi tak dinafikan ada segelintir yang akan senyum kalau kita bagi salam dan senyum pada mereka dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 02:09 PM | Show all posts
sebab i pernah kerja in customer line so i faham perasaan diorang especially kalau time pms

so i sentiasa senyum, positif dan cakap terima kasih kat akak kaunter, peniaga, dan akak-akak yang berdepan dengan orang ramai.. maybe dapatlah i menenangkan sikit jiwa mereka hari tu....


yang benar,
bekas pekerja bank
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 4-8-2017 02:09 PM
sebab i pernah kerja in customer line so i faham perasaan diorang especially kalau time pms

so i  ...

I pun kerja kejap customer line. Hari2 senyum mmg iols tak reti tunjuk muka masam dgn org luar. Selalu org tegur iols awak ni happy senyum je kann. Sorang tu siap cakap awk ni mesti lucky kan bcuz u smile a lot. Ada lak stranger ni dtg dekat iols muka u ada tuah oo iols gelak jah Depa taktau kalau ceq naik hantu mcm apa nanti
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.069091 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list