Bertempat di Zhejiang, China, seorang gadis berusia 20 tahun hampir terjun dari tingkat empat hanya kerana bengang teman lelakinya enggan membantu mengeringkan rambutnya.
Memetik laporan stesen televisyen Penyiaran Jaringan Zhejiang, 1hb Ogos lalu, kira-kira jam lima pagi, seorang gadis berdiri di tingkat empat sebuah pangsapuri. Kelihatan tangannya memegang penghadang sambil cuba untuk terjun dari bangunan. Selepas menerima laporan, anggota bomba bergegas ke lokasi untuk memberi nasihat dan kaunseling. Pada masa yang sama, sebuah kusyen udara telah disediakan bersama 120 orang pegawai perubatan di bawah bangunan tersebut.
Setelah selama 40 minit kaunselin dilakukan antara pegawai bomba dan polis dengan gadis tersebut, anggota penyelamat segera menariknya ke tempat yang selamat, apabila mendapati gadis tersebut berada dalam keadaan leka. Paparan video jelas kelihatan, setelah diselamatkan, gadis tersebut terduduk atas lantai sambil memaki teman lelakinya, "Saya selalu yang minta maaf kat awak, awak tak pernah pun. Tapi awak juga pernah bersalah !." Setelah didesak pegawai polis, barulah teman lelakinya tunduk dan bertindak meminta maaf kepada gadis itu. " Minta maaf, Saya yang bersalah, Balik dulu, Ok tak? " Barulah gadis itu bersetuju pulang ke rumah.- CARI
|
teddyham90 replied at 3-8-2017 06:21 PM
Mari mari join kami di 888df.com/gjdhuw!!! Jgn lambat! Mai la cepat! Byk bonus utk anda! : ...
ADVERTISEMENT