Perbuatan jijik seorang bapa yang tergamak merakam video anaknya yang berusia 21 tahun dalam bilik mandi mendapat pembalasan apabila dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun. Memetik laporan The Straits Times, lelaki warganegara Malaysia berusia 48 tahun itu mengaku bersalah di atas tuduhan merakam video anaknya yang sedang mandi di bilik air di kediaman mereka di Toh Yi Drive, pada Julai 2016. Menurut mangsa yang kini berusia 22 tahun, dia ternampak sebuah telefon bimbit berwarna hitam diikat pada paip di bawah besen ketika sedang mandi.
Kemudian mangsa mengambil telefon itu dan menyedari telefon tersebut dalam mod merakam video. Mangsa kemudian memeriksa telefon itu dan ternampak beberapa video lain yang menampakkan wajah bapanya yang sedang memperbetulkan kedudukan telefon itu bagi mencari posisi yang terbaik. Tertuduh mengaku yang dia telah merakam video itu untuk tujuan peribadinya sahaja sejak dua minggu yang lalu. Malah dia mengaku masih menyimpan 20 klip video anak perempuannya yang sedang mandi di dalam telefonnya yang lain, tetapi telefon itu telah hilang dari simpanannya. Pada 5 April 2017 kira-kira jam 3.10 pagi, tertuduh dilaporkan cuba membunuh diri. Namun sempat dihalang sebelum ditahan oleh pihak berkuasa negara itu.- CARI |
28
Bagus |
12
Marah |
5
Terkejut |
31
Sedih |
6
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT