Seringkali kita mendengar rakan-rakan merungut dengan tempat kerja masing-masing. Ada saja yang tak kena, bos cerewetlah, bos perangai macam hantu, kawan sekerja macam mak lampir, tikam belakang, gaji ciput dan sebagainya.
Ya, memang sukar mencari tempat kerja dan juga pekerjaan yang benar-benar perfect! Namun, kehidupan perlu diteruskan. Duit masih perlu digunakan, ye tak? Jarang pula kita mendengar kisah mengapa seseorang itu stay di satu syarikat meskipun ada pelbagai halangan termasuklah gaji yang rendah dan seakan tak berbaloi. Namun, mereka tetap stay. Mengapa agaknya? Seorang netizen berkongsi satu input yang rasanya amat menyegarkan dan memberi inspirasi. Sesegar udara pagi di kawasan yang penuh flora dan fauna. Ya, ibarat suntikan semangat buat mereka yang sudah lama membungkam dan sedih dengan pekerjaan masing-masing. Jom kita baca apa yang dikongsikan.
Penulis tertarik dengan kata-kata netizen bernama Rahmat Ikhsan ini kerana katanya, "Kita semua ada sebab dan style masing-masing dalam bekerja. Yang penting kita gembira. "Sebab gembira ini tak boleh beli dan statistik bunuh diri di Malaysia kerana tekanan hidup semakin tinggi." Nampaknya kena akur dan cuba menggembirakan dirilah, yang penting kerja jalan duit dapat. Perkara lain boleh kita lupakan, tak gitu? Ini pula tanggapan beberapa netizen lain. Mereka turut berkongsi kisah bagaimana bertahan dengan suasana bekerja yang gajinya sangat kecil. Akhir kata, selamat bekerja! Kerjalah dengan ikhlas nescaya ada 'sesuatu' yang manis menanti untuk anda akhirnya. Mungkin tidak merasainya sekarang, tapi akan datang... P/s; Terasa persis penulis motivasi pula ya! Hehe
|
51
Bagus |
25
Marah |
30
Terkejut |
28
Sedih |
40
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 1-8-2017 05:38 PM
yang penting, gaji sikit jangan menggatal nak buat komitment melampau..
jerukkedondong replied at 1-8-2017 05:55 AM
Sebelum msuk dunia pekerjaan niat kena betul..nak bantu mak ayah...nk selesaikn utang ptptn...nk bel ...
ADVERTISEMENT