Ibu bapa pasti bersetuju bahawa anak-anak mereka membesar dengan cepat. Macam sekelip mata sahaja, tahu-tahu dan tak muat bajunya. Kadang-kadang baju yang dah 'mengecut' tu masih elok lagi keadaannya, tetapi kena pula cari yang baru.
Berita baik buat anda, seorang pereka fesyen dari London berjaya mencipta pakaian khas bayi seawal usia empat bulan sehingga 36 bulan. Baju ini sangat canggih dan akan berubah saiz serta bentuk seiring pertumbuhan mereka. 'Petit Pli' dicipta dengan sistem lisu atau lipatan pada pakaian yang canggih di mana ia boleh mengembang beberapa kali ganda dan kembali ke saiz asalnya. Jadi, ia tidak akan menjadi terlalu kecil atau terlalu besar untuk mereka. "Ia boleh berubah bentuk sesuai pergerakan kanak-kanak," katanya.
Tambah Yasin, bayi memerlukan sekurang-kurangnya tujuh saiz pakaian sepanjang dua tahun pertama mereka membesar menyebabkan terdapat banyak pakaian yang masih elok tetapi terlalu kecil untuk mereka pakai. Situasi ini memaksa ibu bapa untuk kerap membeli pakaian untuk bayi mereka. Menurut pereka fesyen itu, Petit Pli menggunakan material khas yang ringan dan kalis air, namun masih dapat memberi ruang untuk tubuh bayi bernafas. Selain diilhamkan daripada seni origami lama Jepun, ia menggunakan material tahan lasak dan sesuai untuk kanak-kanak yang aktif meneroka. Malah, Yasin memberi jaminan ia juga selamat dibasuh menggunakan mesin basuh. Yasin kini sedang mengumpul dana dan mencari rakan kongsi untuk mengeluarkan pakaian khas itu di pasaran Britain. Wah, selain kreatif dan hebat, ia juga sangat menjimatkan kos serta dapat mengurangkan pembaziran yang dijana industri fesyen. Diharap harganya juga mampu milik apabila masuk ke pasaran Malaysia kelak. - CARI |
18
Bagus |
19
Marah |
18
Terkejut |
20
Sedih |
21
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 1-8-2017 05:09 PM
dah mcm tenggiling je pesen baju nye {:dot
ADVERTISEMENT