Wow, siapa sangka pengasas kosmetik, Datuk Vida sudah menerima puluhan resume cinta, selepas secara terbuka bercerita tentang cinta baru-baru ini.
Paling mengejutkan, Vida memberitahu dia turut menerima kiriman resume dari jejaka Finland dan juga Scotland! "Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta," katanya berseloroh kepada mstar online. Apa agaknya ciri calon yang Datuk Vida mahukan? Mesti ada taste tertentu, kan? "Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu? "Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu," ujarnya lagi.
Vida juga mengharapkan lelaki berkenaan nanti mempunyai sifat yang jujur, penyayang dan beriman. "Saya kini lebih berhati-hati selepas gagal tiga kali dalam perkahwinan. Buat masa ini belum ada pengganti tapi andai bertemu semula jodoh dan dia wajib seorang yang beriman, amanah, jujur dan penyayang," katanya. - CARI |
23
Bagus |
18
Marah |
26
Terkejut |
33
Sedih |
34
Lawak |
43
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT