|
Krup krap..sedapnya ketam goreng tepung! Tapi yang ini bukan biasa-biasa ya. Ia disalut dengan tepung kari yang menjadikan ia bukan sahaja rangup dan sedap, malah lebih berempah! Enaknya, dimakan begitu sahaja mahupun dengan nasi putih panas-panas.
Bagi anda yang menggemarikan makanan laut, bolehlah mencuba resipi ini ya. Yang penting memang berbaloi, jika beli di kedai harga berganda mahal. Jom cuba! BAHAN-BAHANNYA: UNTUK PERAPAN KETAM: 1 kilo ketam bunga/ ketam nipah *cuci bersih dan toskan 3 sudu besar serbuk kari 1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukupnya CARA-CARANYA: Gaulkan kesemua bahan di atas dan perapkan. BAHAN UNTUK SALUT 2 cawan tepung beras 1 sudu kecil serbuk lada hitam 2 sudu besar serbuk bawang putih sedikit garam air secukupnya 1 biji telur CARA-CARANYA: 1. Campurkan kesemua bahan di atas dan jadikan batter/salut yang separa pekat. LANGKAH TERAKHIR : 1. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng, minyak haruslah panas betul. 2. Celupkan ketam di dalam batter dan gorengkan sehingga keperangan dan bukan terlalu garing. Kredit resepi: Resepi Sedap |
|
13
![]() Bagus |
8
![]() Marah |
13
![]() Terkejut |
11
![]() Sedih |
4
![]() Lawak |
18
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT