Krup krap..sedapnya ketam goreng tepung! Tapi yang ini bukan biasa-biasa ya.
Ia disalut dengan tepung kari yang menjadikan ia bukan sahaja rangup dan sedap, malah lebih berempah! Enaknya, dimakan begitu sahaja mahupun dengan nasi putih panas-panas.
Bagi anda yang menggemarikan makanan laut, bolehlah mencuba resipi ini ya. Yang penting memang berbaloi, jika beli di kedai harga berganda mahal.
Jom cuba!
BAHAN-BAHANNYA:
UNTUK PERAPAN KETAM:
1 kilo ketam bunga/ ketam nipah *cuci bersih dan toskan
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukupnya
CARA-CARANYA:
Gaulkan kesemua bahan di atas dan perapkan.
BAHAN UNTUK SALUT
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk bawang putih
sedikit garam
air secukupnya
1 biji telur
CARA-CARANYA:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan jadikan batter/salut yang separa pekat.
LANGKAH TERAKHIR :
1. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng, minyak haruslah panas betul.
2. Celupkan ketam di dalam batter dan gorengkan sehingga keperangan dan bukan terlalu garing.