Isnin lalu, tiga pelajar membuat laporan polis mendakwa dicabul dan diliwat jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak sekolah mereka di Ipoh. Ketiga-tiga mangsa yang berusia 13 dan 14 tahun memaklumkan suspek akan memberikan sebiji pil kepada mangsa dengan alasan untuk membesarkan badan. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee, selepas menelan pil, mangsa menjadi separuh sedar dan suspek akan meliwat dan menghisap kemaluan mangsa. Hasil siasatan awal mendapati suspek masih bujang, sudah hampir 10 tahun bertugas sebagai jurulatih kecergasan di sekolah itu., ujar Datuk Gan. Difahamkan, kejadian menjijikkan itu berlaku antara Mei 2016 hingga Mac tahun ini di rumah suspek dan bilik hotel.
"Sebaik selesai, mangsa akan dibawa untuk membeli barangan seperti telefon bimbit, kasut, seluar dan baju." Bagaimanapun, suspek yang berusia 54 tahun ditemui mati dipercayai menggantung diri di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 5.40 petang Selasa lalu. Mayat suspek kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii, manakala kematian suspek diklasifikasikan kes mati mengejut.- CARI |
10
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
17
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 27-7-2017 02:38 PM
Dah kantoi ko bunuh diri plak..malu la tu
mochi1098 replied at 27-7-2017 10:43 PM
Hotel mana tu. Kang berantu pulak bilik tu
saladin780 replied at 28-7-2017 04:39 PM
Hantu gay..mesti kacau yg hensem2 je
ADVERTISEMENT