CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kagum Kerana Fasih Berbahasa Melayu, Peserta Jepun Jadi Juara PABM 2017

27-7-2017 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4693| Komen: 33


sumber : mStar


Peserta Jepun, Lisa Shimazaki diumumkan johan dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri bagi Kategori Antarabangsa.

Lisa menyampaikan pidato bertajuk "Bahasa Bukan Sekadar Alat Untuk Berkomunikasi, Bahasa Adalah Segala-galanya" pada pertandingan peringkat akhir berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Memetik laporan mStar, Penuntut Universiti Bahasa Asing Tokyo, Jepun berusia 21 tahun itu berkata, kemenangan itu menyuntik semangatnya untuk terus mempelajari serta meningkatkan pengetahuannya mengenai Bahasa Melayu.

Manakala Noor Haqim Noor Hamidon dari Malaysia yang menyampaikan pidato bertajuk "Pesan Seniman" diisytihar juara bagi kategori Alam Melayu.


Peserta dari Afganistan, Abdul Matin dengan pidato bertajuk "Dirgahayu Bahasa Melayu" pula dipilih sebagai juara bagi kategori Pelajar Asing di Malaysia.

sumber : Bernama

Kesemua mereka membawa pulang hadiah berupa piala pusingan berserta wang tunai berjumlah RM20,000. Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MaXiao dari China yang menyampaikan pidato bertajuk "Memperbaharui Sistem Pendidikan, Mengatasi Cabaran Ekonomi" serta Rimajon Sotlilova dari Uzbekistan dengan "Peranan Bahasa Melayu di Uzbekistan" dipilih sebagai naib juara dan tempat ketiga kategori Antarabangsa.

Bagi kategori Alam Melayu, Ahmad Aidil Hadri Sa’dullah dari Singapura dengan pidato bertajuk "Malaysia dan Singapura – Kita Saudara Sedarah" dan Muhamad Sharulnizam Md Roni dari Malaysia yang menyampaikan pidato bertajuk "Gelora Dunia" dipilih sebagai Naib Juara dan tempat ketiga.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima piala pusingan berserta wang tunai RM12,000 dan RM8,000.

Sejumlah 53 peserta dari 35 buah negara menyertai PABM yang memasuki edisi ke-11 dengan tema ‘Pengantarabangsaan Bahasa Melayu’ berpadanan dengan konsep memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia.- CARI


26

Bagus
26

Marah
25

Terkejut
39

Sedih
26

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (171 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maideen. 27-7-2017 01:15 PM
Edited by Maideen. at 27-7-2017 01:18 PM

Syabas dan tahniah.....
Maideen~ Tetiba teringat pulak Bahasa Melayu aruah Nik Ajis....

Al fateha....
Quote Skuau 27-7-2017 01:29 PM
Tak aci...atok dia pernh duduk msia zaman jepun dlu...
Quote finesse 27-7-2017 01:45 PM
Yg menang kategori pemidato asing kata, penutur natif yg suka mencampuradukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris sebenarnya penutur yg lemah jati dirinya, sehingga sanggup nak berbunyi sedikit inggeris utk tampak cerdik dan berkelas sedangkan dua2 bahasanya tumpul. Sentap ahli2 dewan semalam. Padan muka.
Quote finesse 27-7-2017 01:45 PM
Maideen. replied at 27-7-2017 01:15 PM
Syabas dan tahniah.....
Maideen~ Tetiba teringat pulak Bahasa Melayu aruah Nik Ajis....
...

Kenapa pula dgn BM arwah Nik Aziz?  
Quote munahjolie 27-7-2017 02:36 PM
Noor Haqim tu student uitm yachh. Tahniah uolss.
Quote Maideen. 27-7-2017 02:43 PM
finesse replied at 27-7-2017 01:45 PM
Kenapa pula dgn BM arwah Nik Aziz?

Bahasa Melayu Nik Ajis berbeza seperti langit dengan bumi dengan Bahasa Melayu budak Jepun itu. Tiada masalah bagi orang Melayu itu memahami apa yang budak Jepun itu katakan.

Nik Ajis pula sebaliknya. Orang orang Melayu yang mendengar dia bercakap sering keliru dengan apa yang dia cuba katakan.

Maideen sundri pernah mebuka suatu bebenang membincangkan apa sebenernya yang dimaksudkan oleh Nik Ajis apabila beliau membuat kenyataan dalam Bahasa Melayu. Bebenang itu bertajuk "Ambo kecek Pelestiklah bukan Palestine!"

Ini ada pautan kepada bebenang itu jika Finesse berminat:

https://mforum.cari.com.my/forum ... read&tid=433868
Quote Shirley23 27-7-2017 03:45 PM
Tahniah buat para pemenang. Tahun lepas untuk kategori antarabangsa pun dimenangi oleh peserta dari Jepun. =)
Quote devilito2 27-7-2017 03:46 PM
tahniah.....


Quote epysha 27-7-2017 04:05 PM
kebanyakan bhs yindon ni..
Quote pembisikmaut 27-7-2017 04:33 PM
Edited by pembisikmaut at 27-7-2017 04:45 PM
epysha replied at 27-7-2017 04:05 PM
kebanyakan bhs yindon ni..


Bhs indon sesungguhnya adalah bhs melayu pprt...tak setaraf dengan  bhs melayu yang tulen dan diprrcakapkan oleh umat melayu suci mulia ....

Keindahan dan kemolekan bhs melayu sebagai bhs umat high class ternyata telah mempesona banyak bangsa lain untuk mempelajari danmencintainya  hal in berbeza dengan bhs indon yg hanya digunakan oleh kaum low class pprt ...sehingga tidak dikenal sama sekali dan diprediksi segera punah dari muka bumi ....
Quote raradhia 27-7-2017 04:57 PM
finesse replied at 27-7-2017 01:45 PM
Yg menang kategori pemidato asing kata, penutur natif yg suka mencampuradukkan bahasa melayu dan bah ...

wahhhh, bagus bagus. .i sokong la even kita ni fasih speak english ataw apa pun, jgnlaa lupakan bhs melayu. .

i xtgok smpai habis semalam, tertido
Quote finesse 27-7-2017 05:02 PM
pembisikmaut replied at 27-7-2017 04:33 PM
Bhs indon sesungguhnya adalah bhs melayu pprt...tak setaraf dengan  bhs melayu yang tulen dan di ...

Baguslah jikalau saudara sedar akan hakikat yg pahit itu.  
Quote finesse 27-7-2017 05:08 PM
raradhia replied at 27-7-2017 04:57 PM
wahhhh, bagus bagus. .i sokong la even kita ni fasih speak english ataw apa pun, jgnlaa lupakan bh ...

Saya pun lancar saja berbahasa Melayu, bhs ibunda dan bahasa inggeris. Tapi mmg akan cakap penuh. Tak ada campur2. Itu cara saya hormati bahasa2 yg saya pelajari.

Kak Rosmah pun menyatakan hasrat hendak lihat bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan antarabangsa menjelang TN50 nnt.  Berdsrkn sejarah, tiada sukarnya utk bahasa melayu capai cita2nya tu cuma kita sendiri penutur asli kena jalankan tanggungjwb kita.


Agak kecewa naib johan x menang semalam.  Bg fin tajuknya ringkas tp kupasannya amat intelektual dan tinggi falsafahnya. Malang sekali tak menang.
Quote fox. 27-7-2017 05:15 PM
indon totok mana layak bahasanya dipertandingkan, gak bisa
Quote raradhia 27-7-2017 05:21 PM
finesse replied at 27-7-2017 05:08 PM
Saya pun lancar saja berbahasa Melayu, bhs ibunda dan bahasa inggeris. Tapi mmg akan cakap penuh.  ...

baiklah awak, maafkan bahasa kat atas tadi tu tercampur rojak lah pula. .hihi

tapi, suka sangat tengok mereka berpidato semalam. .malangnya tak sempat nak tengok sampai habis, aduhh. .

nanti nak tengok kat youtube kalau diorang ada letak kat sana     
Quote pembisikmaut 27-7-2017 06:15 PM
finesse replied at 27-7-2017 05:02 PM
Baguslah jikalau saudara sedar akan hakikat yg pahit itu.

Berbeza dg bhs indon...bhs melay umat suci diramalkan akan segera menjadi bhs dunia umat islam dan juga bhs antar bangsa enggantikan bhs arab dan bhs inggris ...kerana peran malaysia sebagai negara super power dan termaju serta terkuat di dunia.....
Quote buapakperut 27-7-2017 06:37 PM
fox. replied at 27-7-2017 09:15 AM
indon totok mana layak bahasanya dipertandingkan, gak bisa

yindon bisa mati di "hayway" yang baru dibina pun sudah panasaran
Quote mujer_in_espejo 27-7-2017 07:55 PM
Sempat tgk 2 peserta je smlm.. lpas tu tertidur.. malang sekali tak tengok sampai habis
Quote hyie 27-7-2017 08:27 PM
Peserta Afganistan, Abdul Matin, bagus sangat sebutan BM beliau, rasanya dalam 99% bunyi BM orang Melayu Selayaknyalah beliau menang dalam kategori Pelajar Asing di Malaysia.

Minah jepun ni ok lah untuk individu asing bukan penutur BM. Naib juara tak sempat tengok. Yang no 3 tu dia cakap campur2 bahasa Indon, jadi pelik bunyinya...

Kategori Alam Melayu, Malaysia selayaknya juara sebab hujah2 dia bernas, dan cara penyampaian pon santai. No 2 Singapura agak goyah sikit sebab kejap guna bahasa baku, kejap guna bahasa BM stail Johor No 3 peserta Malaysia, dia dah ok, tapi banyak selitkan 'double meaning'...dahla najib & kak ros dok depan dia...aku pulak yang rasa malu Lagipun dia macam ada gugup sikit macam terlupa nak cakap apa...

Semoga bahasa Melayu akan terus dirgahayu di mata dunia...!

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.126649 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top