|
Kehilangan Taylor Swift sejak beberapa bulan lepas masih menjadi misteri. Namun ada juga khabar angin yang penyanyi itu kini sedang berkurung di dalam studio bagi menjalani proses rakaman album baharunya. Baru-baru ini kecoh di Twitter, Taylor muncul di khalayak ramai tapi dengan cara yang cukup privasi. Splash News melaporkan Taylor sanggup menyorok di dalam sebuah beg besar semasa cuba keluar dari rumahnya di Manhattan, New York. Sekeping gambar yang tersebar menunjukkan dua orang lelaki yang berbadan besar sedang membawa sebuah beg. Kapsyennya pula menyebut yang pelantun lagu Shake It Off itu bersembunyi di dalamnya. "Taylor Swift dibawa menggunakan sebuah bagasi besar dari Apartment Tribecca ke dalam traknya. "Beberapa kenderaan termasuk dua Cadillac besar dan tiga SUV tiba di apartment Taylor Swift di Tribecca untuk memindahkan beg besar itu. Sekumpulan pengawal peribadi juga kelihatan membantu memindahkan beg berkenaan dengan cukup berhati-hati." Walau bagaimanapun pihak agensi Tylor Swift menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan menggesa media berkenaan untuk menurunkan berita tersebut. -CARI
|
|
10
![]() Bagus |
8
![]() Marah |
8
![]() Terkejut |
19
![]() Sedih |
8
![]() Lawak |
9
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

..depa kta TS menyorok dlm beg....xlemas ke akak TS dok dlm beg tu....tipu ja....slma ceq tgk drma/filem cerita psl artis....artis tu mesti pndai cover/ad jln sndiri utk elak dri bertmbung dgn paparazi nie...
ADVERTISEMENT