CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Elok Makan Pisang Waktu Sarapan, Kenapa Pula?

25-7-2017 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9730| Komen: 18|Original author: Oleh: Maly Rosli

Pisang adalah antara buah yang paling berkhasiat, namun ia bukanlah pilhan baik untuk diambil ketika sarapan. Memetik portal Boldsky, makan pisang ketika perut kosong tidak baik untuk kesihatan.



Foto: BBC

Walaupun pisang menawarkan serat sihat, kalium dan magnesium yang boleh meningkatkan tenaga, ia juga mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan jika diambil sebagai sarapan.


1. Selamat ke ambil pisang dengan makanan lain?

Jika anda mengambil pisang bersama makanan lain yang mengandungi lemak sihat, maka ia selamat diambil sebagai pilihan sarapan anda.



2. Pisang buat anda rasa mengantuk?

Foto: HelloGiggles

Hanya mengambil pisang sebagai sarapan tanpa tambahan makanan lain mungkin akan buat anda rasa 'lemau' dan mengantuk selepas beberapa ketika.

Ia hanya membuatkan anda merasa kenyang untuk sementara waktu sahaja.


3. Bolehkah dimakan ketika perut kosong?

Mengikut pakar kesihatan, pisang sedikit berasid dan mengandungi 25 peratus gula. Oleh itu, elakkan mengambil pisang jika perut kosong.


4. Bolehkah makan pisang dengan yogurt?

Foto: My Easy Recipes

Tak nak makan benda lain, nak makan pisang juga untuk sarapan? Ha, anda boleh campurkan pisang ke dalam semangkuk yogurt atau sesudu teh mentega kacang untuk mengurangkan paras asid. 


Foto: Super Healthy Kids

Ia juga mampu mengelakkan daripada berlakunya perubahan mendadak paras gula dalam tubuh.


Macam-macam penemuan sekarang ya. Sekejap ambil pisang menyihatkan, sekejap membahayakan kesihatan. Nak selamat, janganlah makan pisang semata-mata sebagai sarapan anda. Apapun, dapatkan nasihat yang lebih pakar jika anda masih was-was. - CARI
31

Bagus
13

Marah
40

Terkejut
18

Sedih
20

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 25-7-2017 04:58 PM
haha...boleh buat mengantuk ni ingatkan teori merepek aku je.ada sekali tu aku mkn nasi arab dgn banana smoothie..masa nak balik tu mmg tetiba mengantuk sgt.dahla aku drive.seb baik tak jadi apa2
Quote palmolive 25-7-2017 05:06 PM
makan nasi lagi rasa ngantuk...
kalo disorongkan bantal lagi la...
Quote moonbug 25-7-2017 05:57 PM
Makan pisang campur oat sedap gila pagi2
Quote Artemesiaa 25-7-2017 06:00 PM
Yang penting jangan makan macam tu je kena le campurkan dengan bahan lain sebelum dimakan atau diblend minum untuk kesihatan perut
Quote RatuDunia94 25-7-2017 08:20 PM
Pisang x sesuai utk org yg berdiet..
Quote DaisyD 25-7-2017 11:13 PM
RatuDunia94 replied at 25-7-2017 08:20 PM
Pisang x sesuai utk org yg berdiet..

Ohhh yeke? Ingatkan semua buah boleh makan untuk diet  
Quote mjla 25-7-2017 11:33 PM
Byk merapu skrg
Quote RatuDunia94 26-7-2017 02:30 AM
DaisyD replied at 25-7-2017 11:13 PM
Ohhh yeke? Ingatkan semua buah boleh makan untuk diet

Pisang tinggi kalori..
Quote ciwi1166 26-7-2017 09:14 AM
makin banyak research, makin banyak plak pantang larang..kahkahkah

makan je la bila2 pon...
Quote hasmania 26-7-2017 11:18 AM
banyak pakar yg buat entah apa-apa research ..........
Quote Zasss777 26-7-2017 12:19 PM
Mcm mcm teori ada skrg. Jgn lepas ni ada kajian kata minum air kosong pun tak elok dah la!
Quote nisako 26-7-2017 01:41 PM
sedapnye pisang............
Quote Teru2Bozu 26-7-2017 11:44 PM
Aku blasah je pisang Cavendish tu pagi2.
Quote renko 27-7-2017 11:25 AM
pisang is osem
Quote anaktoyol 27-7-2017 04:14 PM
lor...nk mkn pisang pun ada peraturan eh...apsal aku main tiba jer ikut suka hati aku...alhamdulillah...hidup lagi...
Quote rainbow259 16-8-2017 10:34 AM
sedap gila klu pisang ngn susu.. banana shake
Quote maisakurada 16-8-2017 01:57 PM
okehh noted...aku makan je pisang x kira masa
Quote babyhungger 16-8-2017 02:05 PM
elok je orang kampung makan pisang goreng pagi2 sebelum ke bendang atau ke kebun...kat kampung macam tak lengkap je kalau pepagi takda pisang goreng

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.163462 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top