CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sis, Cuba 20 Tip Ini Untuk Mengorat Lelaki Yang Anda Sukai

24-7-2017 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17414| Komen: 15|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Salahkah perigi mencari timba atau wanita mengorat si jejaka? Sudah tentulah tidak salah kerana di zaman ini, wanita tidak boleh hanya duduk menunggu si timba datang mencari perigi. Kalau dah suka jangan ego, cepat-cepat tawan hati si dia sebelum dikebas orang.

Cara untuk wanita mendapatkan perhatian lelaki atau dengan kata yang lebih mudah mengorat lelaki ini adalah berbeza berbanding cara lelaki mendapatkan perhatian daripada wanita kerana lelaki ini kadang-kadang lambat perasan akan hint yang wanita berikan. Maklumlah lelaki kadang-kadang blur dengan bahasa kiasan sebab itu mereka lebih suka berterus terang atau "straight to the point" saja kalau dah suka.


Tapi, kalau malu sis boleh cuba 20 tip dibawah ini sebagai salah satu usaha awal untuk menawan hati si dia.

#1 Jangan Tunjukkan Keterdesakan Anda Untuk Mendapatkan Si Dia
Macam yang dinyatakan seperti di atas, lelaki ini memiliki ego yang sangat-sangat tinggi. Dan mereka akan bertambah ego jika ada wanita yang cuba untuk menguratnya. Mereka akan berbangga dan merendah-rendahkan martabat anda dihadapan rakan-rakan beliau.

Lelaki jarang menghargai sesuatu benda yang mudah didapati. Bagi mereka, semakin sukar dan susah untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, semakin kuat perasaan untuk mereka mendapatkan menjadikan hak milik mereka. Cubalah jadi seorang yang bersederhana.


#2 Jaga Penampilan Anda
Semua orang tahu penampilan sangat penting bagi seorang wanita. Melalui penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran tentang perangai dan tingkah laku anda.

Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dahulu sedikit dan jangan terlalu tebal. Cukup hanya mengenakan foundation, maskara dan sedikit lipstik. Kemudian pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adab. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong depan orang ramai. Nanti jatuhlah saham kan. Nak nampak gojes kenalah nampak cool.

 
#3 Tunjukkan Sikap Penyayang Terhadap Budak-Budak
Lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat suka dan sayang kepada budak-budak. Bagi mereka, wanita yang penyayang kepada budak-budak sebenarnya adalah seorang bakal menjadi ibu yang baik untuk anak-anak mereka kelak.


#4 Berikan Si Dia Merasai Masakan Anda
Apa kata anda ambil sedikit masa memasak dan berikan kepada si dia merasai air tangan anda. Untuk pengetahuan anda, lelaki lebih suka memakan masakan si isteri apabila kahwin nanti berbanding makan di luar.

Anda boleh selidik dengan rakannya tentang makanan kegemarannya. So, dari situ, anda boleh belajar sesuatu yang baru tentang makanan kegemarannya dan juga belajar memasak resepi baru. Ataupun anda boleh memberinya merasa makanan kegemaran anda kepada si dia. Mana tahu taste anda berdua sama kan? So dari situ, anda sudah mendapat 1 point dalam hati si lelaki.

 
#5 Jangan Terlalu Mengongkong
Anda bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si dia. Anda mungkin akan berasa cemburu apabila melihat si dia keluar dengan perempuan lain, tapi janganlah anda melarang si dia keluar dengan perempuan lain. Mungkin mereka keluar atas urusan kerja dan bukan urusan peribadi.

Even anda dah berkahwin kelak, anda tidak boleh mengongkong si dia. Lelaki ini cepat rimas sekiranya ada wanita yang cuba mengongkong dan menghalang setiap perkara yang dia minat dan suka lakukan.

 
#6 Berikan Lirikan Mata Menawan
Wanita sememangnya dikurniakan dengan mata yang cantik. Cuma kadang-kadang si lelaki ini kurang perasan. Cuba tonjolkannya dengan memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik.

Dan cuba pandang kematanya setiap kali bercakap. Kata orang, dari mata terus turun ke hati kan.

 
#7 Jaga Pertuturan Anda Di Hadapan Si Dia
Walaupun si lelaki ini nampak ganas dan tough di hadapan rakan-rakanya, tetapi dalam hati mereka ada taman. Lelaki sebenarnya tidak suka wanita yang bercakap kasar dan mencarut. Bersikaplah lemah-lembut dan bersopan-santun. Barulah boleh jadi gadis melayu terakhir! 😀


#8 Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya
Lelaki lebih senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya kepada wanita. Sekiranya si dia menceritakan segala rahsia dan masalah yang dihadapi, itu bermakna si dia percayakan anda. Dan sebenarnya, amat susah lelaki ini berkongsi masalah dengan orang lain disebabkan ego tadi. So, jangan sia-siakan kepercayaan yang si dia berikan kepada anda.Jadilah seorang pendengar si dia untuk si dia! Lelaki akan berasa gembira jika segala rahsia yang diceritakan tadi selamat dengan anda.

 
#9 Berikan Sokongan Terhadap Minatnya
Kadang-kadang lelaki mempunyai minat yang pelik. Minat keretalah, komputerlah. Apa yang best sangat pun tak tahu kan. Tapi, janganlah anda cuba menghalang atau sesekali cuba menentang minatnya. Cubalah sesekali memberikan sokongan terhadap minat mereka.

 
#10 Hormati Orang Tua
Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat ya.

Gambar sekadar hiasan

 
#11 Berikan Senyuman Menawan
Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki bergetar. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Lelaki mudah jatuh hati selepas melihat senyuman wanita.

Ketika bertentangan mata, cuba anda lemparkan senyuman yang paling menawan. Mereka akan terpaku dan terkedu seketika. Hati mereka akan terasa bagaikan dipanah! Tak percaya? Cubalah!

 
#12 Tunjukkan Kebijaksanaan/Kelebihan Anda
Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Kadang-kadang tidak perlu untuk anda memakai baju yang ketat-ketat sehingga mendedahkan sana-sini atau belajar tinggi-tinggi sehingga peringkat master. Bagi lelaki, wanita yang tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan mempunyai fikiran yang matang adalah sangat-sangat menggoda.

 
#13 Goda Si Dia
Gunakan kelebihan yang ada pada anda. Lelaki sebenarnya amat mudah cair pada wanita. Gunakan gaya bahasa badan anda, aset anda, lirikan dan senyuman menawan anda itu untuk menarik perhatian si dia!


#14 Ajak Si Dia Melakukan Aktiviti Bersama
Pada masa-masa terluang, cuba ajak si dia minum bersama atau mungkin ke tempat bekerja bersama. Anda berdua dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi. Mungkin anda dapat tahu sedikit rahsianya secara tak tersengaja. 


#15 Hantar Signal Perasaan Anda Pada Lelaki Tersebut
Kadang-kadang si lelaki ini lambat perasan ataupun malu untuk mendekati wanita. Mereka pun sama sahaja macam kita; tidak mahu cinta bertepuk sebelah tangan. Tidak salah sekiranya kita sebagai wanita memberikan sedikit hint ataupun signal bahawa kita juga meminatinya.

Sebenarnya istilah perigi cari timba sudah tidak boleh dipakai pada zaman sekarang. Nisbah menunjukkan seorang lelaki bersamaan 4 orang wanita. So, kalau anda terlambat, anda akan terlepas.


#16 Tunjukkan Sikap ‘Slumber’ dan Rileks 
Bersikaplah seperti biasa anda bersama kawan-kawan. Jangan tunjukkan perasaan terlalu syok mahupun control cun dihadapan si dia.

Gambar sekadar hiasan

#17 Manja Bukannya Gedik
Lelaki suka perempuan yang menunjukkan perangai manja dan bersifat keanak-anakan tapi bukan yang berlebihan. Itu namanya gedik! Euwww sana. Euww sini. Nak nampak manja tak perlulah sampai nak menangis hentak-hentak kaki ya. Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan ‘oloooo’ ataupun ‘alaaa’. Lepas tu buat muka berkerut korang tu. Tak pun buat pipi kembung. Ala macam yang selalu anda buat tu. Mesti hancur leburlah hati si lelaki perkasa itu. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang. Alalala comeinya.

Gambar sekadar hiasan
 
#18 Bersifat Lemah-lembut Dan Keperempuanan
Wanita dijadikan berbeza dengan lelaki dimana lelaki lebih kuat dan kasar. Dan wanita itu pula diciptakan untuk melengkapkan si lelaki dengan lemah-lembutnya, keayuannya dan keperempuanannya. Ianya seperti konsep ying-yang atau api-air yang mana kedua-duanya bersifat berlawanan tapi memerlukan antara satu sama lain.

 
#19 Berpegang Pada Agama
Walaupun menjadi tugas lelaki dalam menjadi pemimpin dan pembimbing dalam keluarga nanti, wanita juga hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu agama.

Wanita yang berpegang pada agama akan menjaga batas-batas dalam setiap perlakuannya. Apabila berkahwin nanti, si lelaki akan berasa yakin untuk meninggalkan wanitanya dirumah (atas tuntutan kerja atau lain-lain) kerana mereka tahu pegangan agama akan menjaga wanita ini.

Gambar sekadar hiasan


#20 Jadilah Diri Anda Sendiri
Akhir sekali, jadilah diri sendiri. Tidak perlu untuk meniru mana-mana artis mahupun kawan anda disekeliling.  Kalau semua orang berperangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Yakinlah dengan diri sendiri.

Contohnya ramai wanita sebenarnya tidak perasan yang dalam diri mereka tu ada sifat blur-blur. Apabila berlelaki cakap mesti anda akan blur. Blur tu lah yang menampakkan anda sweet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Jadi, just be yourself ok.

Apapun, selepas mencuba tip di atas dan jika si dia masih tidak meluahkan perasan pada sis, pergilah berjumpa dan luahkan isi hati sis. Jangan terlalu lama memendam perasaan kerana lambat-laun sis sendiri akan tersiksa lebih-lebih lagi kalau si dia mula sukakan wanita lain.

Sudah luah perasaan tapi si dia menolak, terima sajalah dengan hati terbuka.Anggap sajalah dia bukanlah jodoh sis atau mungkin juga dia hanya sekadar suka berkawan dengan sis. - CARI 



45

Bagus
23

Marah
34

Terkejut
27

Sedih
26

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (185 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ShiningStars 24-7-2017 06:45 PM
General sgt tips ni..
Quote zztop63 24-7-2017 08:58 PM
no 14
ajak dia bersama?
haram tuh
Quote nisako 26-7-2017 01:42 PM
hmmmmmmmmmmmmm
Quote mieymiey 26-7-2017 02:51 PM
Kalau kesemua 20 tips ni tak jalan, meols sarankan sis semua pegi la jumpa tok bomoh
Quote tinacuak 27-7-2017 11:58 AM
Edited by tinacuak at 27-7-2017 12:02 PM

Gua dah luahkan dah...mamat ni pemalu yg amat...ataupun dia mmg x suka...ms first sembang dgn dia kata saya suka dia, dia cakap agak terkejut..dari segi rekasi mcm bangga la bila ada orang suka kau...
Aku cakap la aku suka dia sbb ye lah dah crush kau tegur kau dulu dlm fb. Dia mula mengayat aku dulu.

Ok sambung...pas dia dengar luahan saya, dia mcm terkejut.
Setahun dia senyap.
pas setahun dia menghilang, dia add kita blek kt fb...yes, utk rwt hti luka ditolak bt pettama kali oleh dia, sy unfriend dia sbb malas nk amek tau..nk move on..skali dia add kita blek...mula2 tu  xlyn sbb ye lah marah kan...pastu dia ckp dia suka sy..pulak!!!!

.sy pun dah ex-crush ko luahkan, terima je la...lama gak kitorg kwn...lbh kurg 6bulan...dlm tempoh kenal dia tu sy perasan yg saya ni jd tempat hilangkan boring dia je...hubungan kitorang based on message je sbb masing2 dok jauh.

Dia contact saya bila dia keseorangan...last2 sy mesej dia dia x balas, so paham jelah yg saya dipermainkan...letih sebenarnya kejar org yg kita nakkan...lantak dia lah...moga allah sedrkan dia...ekceli kitorg pernah satu kelas dlu...jumpak balik kt fb. Sy punya prinsip nk kenal lebih2 biar ada ikatan...tp bila saya ajak kahwin dia xserius lgsg..xtau la malu ke apa...tp letih la. Asyik kita je yg berfikiran ke arah tu...biar le kat dia.
Quote carly_lah 28-7-2017 07:35 PM
x bleh ngorat selalu laki iols.. kang kerja beranak je tetiap tahun....
Quote blackpaper 7-8-2017 10:42 AM
saya sayang sgt dia...dia pun sama mcm saya....masalahnya...saya malu pd dia...malu dgn kekurangan diri sdiri compare dgn dia...life dia perfect dr atas smpi bawah & sgt berpengaruh...so saya terpaksa lepaskan walaupun sgt sakit.... meninggalkan ssorg dlm kita sedang mencintai adalah sangat meletihkan.......

uuuwaaaaaa.....i love him so  much....
Quote tengah_bosan 7-9-2017 09:56 AM
rasa mcm  ada je ciri2 tu...
wakakakaka.

Tapi sebab diri mcm berisi mcm xde org nak je..
haha
Quote haniasyira 7-9-2017 05:00 PM
mieymiey replied at 26-7-2017 02:51 PM
Kalau kesemua 20 tips ni tak jalan, meols sarankan sis semua pegi la jumpa tok bomoh

Kejamnyeee
Quote p.timur3831 11-10-2017 12:46 PM
tinacuak replied at 27-7-2017 11:58 AM
Gua dah luahkan dah...mamat ni pemalu yg amat...ataupun dia mmg x suka...ms first sembang dgn dia ka ...

hai tina..
ur situation lebih kurang sama dgn iolls.
my ex crush pun sama mcm ni jgk.
iolls dh luahkn suka kat dia, dia reject.
setahun kemudian, cari kita balik.
pujuk merayu, akhirnya kami jd teman tapi mesra.
nasib baik, kat situ iolls perasan mamat ni hanya cari iolls time dia sunyi,
actually, skrg ni dia tengah mc berbulan bulan. lagi lah dia sunyi x de teman.
dan iolls yg jadi mangsa. sakit hati sangat2 bila tau kita  ni hanya tempat persinggahan.
lps tu, iolls terus mgabaikn dia. tup2 dia yg unfriend kat fb..
what the heck?? Such as loser punya jantan.
Quote tinacuak 11-10-2017 07:29 PM
p.timur3831 replied at 11-10-2017 12:46 PM
hai tina..
ur situation lebih kurang sama dgn iolls.
my ex crush pun sama mcm ni jgk.

Alamakkkk.sakitnya hati..btw anggap je lah itu satu perkenalan kita terhadap sebuah perhubungan. Maybe next relationship kita guna cara baru pulak. Heheheheh...ada je laki ni yang anggap kawan perempuan dia as their friend only because he know this girl can only listen to me when I'm in hard situation...next time you x payah dengar dah kata2 dia..serius x tipu...kita kena move on..cari benda apa kita suka buat then xpayah fikir langsung lelaki x guna tuyou tau x i ada tgk satu citer korea ni. Lawakkkk ...nanti you cari kat youtube pasal SONG JIWON & IM SUNG MIN dalam Age of Youth 2...sebab situasi diorang sebijik macam kita2 yg pernah lalui ni...sebab selalu sangat bekerjasama, sampai terbit perasaan...alah anggap je perasaan tu hanyalah mainan pasni. Jangan fikir sangat.
Quote Elle_mujigae 25-10-2017 09:15 PM
okie dokie...thank you for the tips...#siscuba
Quote Queendaniella 6-9-2019 11:57 AM
Hi, what it means kalau i just confessed to my crush recently...and he said he was like shocked with what i was telling him my truth feeling towards him and then he said he doesnt want me to hope for him or want but can be a close fren like that..so i was like okay la kann thats it finee...lepastu 2 days after that confession he came to me and said that im quite cute for him n he like wanna know me more like that..what is that mean? Is he already had a change in his heart or what?? Omg men are complicated. Huhu.. I found this forum just now i was scrolling through google just now and i was like i wanna share about my current situation and yaa how can i handle this type of guy hahahahah!! Ok bye..
Quote yellowfish 8-9-2019 08:23 PM
Jangan ngorat laki orang sudahh...
Quote sarah82 14-9-2019 05:35 PM
Malu aku nak buat mcm ni.. Aku redha saja la kalau lelaki aku tersuka tergolek dog tu x nampak aku.. Wakakakaka

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.079146 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top