Bagi anda yang gemarkan masakan pedas, pasti tidak dapat meninggalkan sambal kicap untuk menu seperti bihun sup, mee sup, soto, pisang goreng dan sebagainya.
Memang ada banyak versi resipi sambal kicap mengikut citarasa dan juga rahsia turun-temurun setiap keluarga. Namun, anda boleh cuba resipi yang satu ini, memang terangkat! Ia merupakan sambal kicap yang dimasak, cukup rasa pedas, manis dan juga masinnya. Jika anda sediakan dalam kuantiti banyak, bolehlah disimpan dalam peti sejuk dan dinikmati bila-bila sahaja! Bahan-bahan A: Cili padi (ikut citarasa) Lada besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas Bawang merah 5 biji/bawang besar 1 biji *Semua bahan ini dicuci dan digoreng seketika bagi layu dan toskan, kemudian kisar. Bahan-bahan B: Kicap lemak manis Sedikit gula kabung Air asam jawa Garam secukupnya Kiub pati ayam 1 ketul Cara-caranya: 1. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan masukkan semua bahan B ke dalam periuk yg sama. 2. Masak dalam 30 minit atau hingga pekat dengan api perlahan. Selamat mencuba! - CARI Kredit: Fb Nor Hafiza
|
35
Bagus |
25
Marah |
30
Terkejut |
28
Sedih |
29
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 19-7-2017 02:28 PM
Sedap..
Klu simpan lama dlm peti, pedas dia hilang x
aleesyasofia replied at 20-7-2017 06:19 AM
pedas tue brgntg pd cili.. ada stgh tue cili mmg pdas wlaupon guna ckit jer..
aleesyasofia replied at 20-7-2017 06:16 AM
mak iols pnye rsepi guna bwg putih dan cili api jer.. grg dan kisar.. buh kicap.. dh siap.. sdap btu ...
pearl.silver replied at 20-7-2017 08:13 AM
Nk tau lepas kita simpan
Selalu buat cili kicap ni, simpan dlm peti ais lepas beberapa hari pedas ...
aleesyasofia replied at 20-7-2017 09:58 AM
msh ada rasa pdas jgk.. tp xde la trlalu pdas.. nk pdas lbihkn cili dan kurgkn kcap.. nak kurg pda ...
aleesyasofia replied at 20-7-2017 06:16 AM
mak iols pnye rsepi guna bwg putih dan cili api jer.. grg dan kisar.. buh kicap.. dh siap.. sdap btu ...
ADVERTISEMENT