Wah! Amar Asyraf tak takut ke isteri terasa hati melihat dia melakonkan babak intim dan ranjang bersama pelakon Nadia Brian dalam filem Blok 404?
Kalau nak tahu, Amar ni tak minta kebenaran daripada isterinya, Arna Salleh untuk melakukan aksi sedemikian sebab itulah dia membawa isterinya untuk melihat sendiri lakonannya di set penggambaran. Memetik mStar Online, Amar menjelaskan isterinya bukan seorang yang kuat cemburu. "Saya sebenarnya tak takut isteri marah, sebaliknya saya lebih bimbang kalau Nadia gagal melakukan babak itu memandangkan dia tiada pengalaman melakonkan adegan intim.
"Memang saya bawa isteri ke set penggambaran untuk tengok sendiri bagaimana saya melakonkan aksi itu, senang supaya tidak timbul isu lain. "Alhamdulillah dia okey saja kerana dia tahu suaminya ini memang suka berlakon dan apa yang dilihatnya itu adalah semata-mata lakonan," katanya kepada mStar Online. Tambah Amar, dia sanggup berkunjung ke pusat hiburan selama tiga hari berturut-turut kerana mahu melihat sendiri gelagat anak muda berhibur untuk dapatkan 'feel' karakternya. Tetapi agak melucukan apabila 'kajiannya' itu membawa padah selepas dia tersilap masuk ke kelab gay sehingga menjadi perhatian ramai. "Watak saya dalam Blok 404 memang seorang yang sosial dan bermasalah tetapi saya tidak tahu bagaimana anak muda zaman sekarang berhibur. "Sebab itu saya pergi ke kelab untuk lihat sendiri agar dapat dipraktikkan dalam lakonan saya dan sebenarnya realiti lebih menakutkan daripada apa yang saya gambarkan dalam filem itu. "Paling lucu saya tersalah masuk kelab dan pelik mengapa semuanya lelaki dan barulah saya tahu ia adalah kelab gay tetapi ia pengalaman berharga," ujarnya. Tambah Amar, dia bersedia menghadapi hencapan orang ramai berikutan tindakan beraninya melakonkan aksi ranjang. "Saya belum pernah menghadapi situasi kontroversi namun saya sudah bersedia sekiranya lakonan saya itu nanti akan mendapat reaksi negatif penonton. "Jika orang tidak boleh terima itu maknanya mereka tidak faham kerja saya sebagai pelakon namun saya anggap itu perkara biasa," jelasnya. Alahai, Amar. Berani 'mati' betul bawa isteri ke lokasi penggambaran untuk tengok dia melakonkan aksi ranjang. Semoga semuanya berjalan lancar lah ya. - CARI |
13
![]() Bagus |
15
![]() Marah |
26
![]() Terkejut |
9
![]() Sedih |
11
![]() Lawak |
9
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nuralisa replied at 19-7-2017 03:39 AM
Aksi ranjang konon ..ntah2 nanhado !!
Themilo replied at 19-7-2017 11:54 AM
apa sangat la aksi ranjang filem melayu nih..
akumak replied at 19-7-2017 12:17 PM
x ingat la pulak blok 404 yg dulu ada adegan atas katil yg 18sx. yg aku ingat adegan hantu jo... ban ...
apedehal replied at 19-7-2017 12:28 PM
kalau xsilap scene bukak butang jeans nabila huda ken..ka iols salah cita ni
ADVERTISEMENT