CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1,000 Pengikut Syiah Di Johor !

21-8-2013 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9051| Komen: 28

Gambar hiasan


NUSAJAYA - Jabatan Agama Johor (JAJ) mengesan kewujudan lebih 1,000 pengikut Syiah di negeri itu dengan kebanyakan mereka bergiat aktif di sekitar Johor Bahru dan Kluang.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, JAJ sedang memantau pergerakan kumpulan itu bagi membendung penyebaran fahaman berkenaan.

"Di Johor Bahru, mereka dikesan di tiga markas iaitu di Larkin Perdana, Taman Daya dan Kampung Sungai Tiram," katanya menjawab soalan Sheikh Ibrahim Salleh (Pas-Sungai Abong) pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini semalam.

Abd. Mutalip berkata, markas di Kampung Sungai Tiram dipercayai paling aktif manakala dua lagi markas tidak begitu aktif.


9

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 21-8-2013 06:26 AM
patutla ...kawan ku ...bilang ....nampak ninja ramai ...rupa2nya ...pempuan meke ....
Quote keraskhejong 21-8-2013 07:01 AM
tolong siasat kat utm tu sekali
Quote Al-Patih 21-8-2013 07:23 AM
keraskhejong posted on 21-8-2013 07:01 AM
tolong siasat kat utm tu sekali

meke fakalti mano ...???
Quote Maideen. 21-8-2013 08:19 AM
Tontu ibu ibu mereka tak henti henti berdoa agar mereka kembali kepada Isle sebener. Yer lah.....ibu mana yang tak sedih khen .
Quote Czaziq 21-8-2013 08:21 AM
Johor ada sekolah agama pun xle banteras ke kegiatan syiah ni?
Quote gogo2 21-8-2013 08:22 AM
Al-Patih posted on 21-8-2013 06:26 AM
patutla ...kawan ku ...bilang ....nampak ninja ramai ...rupa2nya ...pempuan meke ....

pompuan Syiah kena jadi Ninja ke?
Quote gogo2 21-8-2013 08:24 AM
Jamil Khir: Pengikut Syiah bebas amalkan mazhab itu




OLEH DIYANA IBRAHIM
August 20, 2013
Latest Update: August 21, 2013 01:25 am       

Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) menegaskan penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.

Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.

"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," kata Jamil Khir dalam satu sidang media selepas merasmikan pameran Haji: Pengalaman Malaysia di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.




Jamil Khir berkata demikian mengulas mengenai laporan perjanjian "Amman Message " pada tahun 2005 yang ditandatangani bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi dan juga menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Othan dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.

Perjanjian itu merupakan inisiatif dari pemerintah Jordan pada ketika itu dimana ia adalah satu deklarasi bagi tujuan memperjelaskan kepelbagaian mazhab seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu dari empat mazhab sunnah mengikut undang-undang Islam seperti (Hanifi, Maliki, Shaf'i dan Hanbali), dua dari mazhab Syiaah (Ja'fari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelarkan mereka orang yang ingkar dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

Kenyataan Jamil Khir hari ini bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang menyatakan mana-mana individu yang bersekongkol dengan fahaman Syiah akan didakwa di mahkamah sivil dibawah Enakmen Kawalan Pencegahan Penyebaran Bukan Muslim.

Hukuman juga boleh dijatuhkan dibawah undang-undang Enakmen Pertahanan Jenayah mengikut fatwa.

"Negara ini mengamalkan sunnah wal jamaah, tindakan tegas akan diambil bagi siapa yang mengembangkan ajaran ini, " kata Jamil Khir sebelum ini.

Perjanjian Amman juga mengetengahkan persamaan antara kepelbagaian fahaman mazhab Islam selain dari mengandungi isu dan kekangan dalam fatwa.

"Tidak ada siapa boleh mempersoalkan fatwa tanpa ada kelayakan yang diiktiraf dalam mengikut fahaman mazhab masing-masing. Tidak ada siapa boleh membangkitkan isu berkaitan fatwa tanya merujuk pada kaedah mazhab Islam," kata perjanjian itu lagi. – 20 Ogos, 2013.
Quote gogo2 21-8-2013 08:26 AM
Seorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menjawab desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menggesa kerajaan menggunakan undang-undang Syariah terhadap pelatih anjing Muslim dengan mengatakan menyentuh dan memelihara anjing tidak salah bagi sesetengah mazhab dalam Islam.

Atas dasar itu, katanya, tidaklah boleh atau wajar menuduh mereka yang memelihara dan menyentuh anjing sebagai menghina agama Islam kerana sesetengah mazhab membenarkannya.

"Bagi ulama mazhab Hanafi, memelihara dan memegang anjing tidak salah tetapi bagi ulama Mazhab Shafei ia adalah satu kesalahan," kata Wan Ji yang mendalami Islam di Pakistan dan Mesir itu.

Adakah Mazhab Hanafi perlu ditentang habis-habisan sebab membenarkan anjing dipelihara?
Quote nreezt 21-8-2013 10:00 AM
Al-Patih posted on 21-8-2013 06:26 AM
patutla ...kawan ku ...bilang ....nampak ninja ramai ...rupa2nya ...pempuan meke ....

kenapa panggey ninja?
Quote Maideen. 21-8-2013 10:20 AM
Syukur lah mazhab Ibadi dan Thahiri dianggap Islam juga.

Tapi kalau boleh marilah kita kembali kepada ajaran Isle sebenerrrr.
Quote Al-Patih 21-8-2013 10:24 AM
nreezt posted on 21-8-2013 10:00 AM
kenapa panggey ninja?

kata kawan ku ...meke berpakaina hitam ...dan bertopeng ....
Quote Al-Patih 21-8-2013 10:25 AM
gogo2 posted on 21-8-2013 08:22 AM
pompuan Syiah kena jadi Ninja ke?

apa dah ...itu yang kawan ku gelarkan ....
Quote namirulmukminin 21-8-2013 10:51 AM
gogo2 posted on 21-8-2013 08:24 AM
Jamil Khir: Pengikut Syiah bebas amalkan mazhab itu

Depa bukan amek pot sangat pon dgn Masej Amman tu Gogo... Depa lebih suka taksub membutatuli ja..
Quote batmana 21-8-2013 01:44 PM
Czaziq posted on 21-8-2013 08:21 AM
Johor ada sekolah agama pun xle banteras ke kegiatan syiah ni?

yg tk pi la, selalu jadi cmni..mcm tabligh2 tu, manala budak2 sekola agama johor sibuk nk masuk.. klu yg penah sekola agama tu, mmg ada punye..

Quote azilamie2 21-8-2013 03:14 PM
uishhh dahsyatnya lukakan badan.. dah macam time thaipusam pula.. kenapa ye dorang buat macam ni...?
Quote -electrifying- 22-8-2013 09:54 AM
xpnh dgr mzhab Ibadi dan Thahiri . boleh sspe terangkan?
Quote gaara_X 22-8-2013 09:59 AM
banteras abis abisan.....
Quote biarle 22-8-2013 11:02 AM
saya dah mmg tahu yg syiah mmg ada markas kat larkin perdana...rasanyer sejak tahun 2011 lagi...
Quote biosfree 22-8-2013 11:13 AM
benda2 mcm ni mmg susah nak benteras terutama kalau org nak kaitkn dgn politik....mcm jg nama ALLAH, isu ugama...tapi ada org politik yg main sekali...sebahagaian org islam setuju yg lain x setuju....punya la susah nak wujudkn PERSEFAHAMAN antara islam sendiri.....

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.044302 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top