Musim pembantu rumah buat hal, kali ini Fynn Jamal pula meluahkan rasa kecewanya di Instagram kerana rasa dikhianati oleh orang yang selama ini disangka begitu baik menjaga anaknya. Menurut satu video yang dimuat naik, Fynn memberitahu selama ini dia bersabar dengan pembantu rumahnya yang pemalas dan tulisnya "Tak mengapa, kerana dia sayang dan kasih pada anak kita." Namun segalanya terbongkar apabila pembantu rumahnya itu langsung tidak mempedulikan anaknya yang menangis menjerit-jerit. Bukan mahu dipujuk, malah meneruskan menonton drama di televisyen. "Perangai dia terzahir tanpa mengetahui daddy kat tingkat atas, Juna menangis menjerit. dipeduliknya. sebab dia nak juga layan drama filipina dia. Allahu akbar. Bayangkan, apalah yg anak aku reti adukan." Ada di antara pengikutnya bertanya, "Kenapa tak pasang CCTV?" Ini jawapan Fyyn Jamal, "Kalau pasang cctv, penatlah dia nak bertudung sentiasa. mesti rimas nak mengemas. waktu kita tak ada lah dia dapat bersantai dalam bekerja." Menurut pelantun lagu Arjuna Beta ini lagi, pembantu rumahnya dilayan seperti kawan baik sendiri. Tidak pernah dimarah namun ini balasannya terhadap mereka sekeluarga. Baca perkongsian dari Fynn Jamal sendiri. Apa pun diharap orang di luar sana ambil pengajaran, jangan terlalu percaya dengan orang lain, kelak diri sendiri juga yang merana. -CARI |
22
Bagus |
30
Marah |
26
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
39
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 18-7-2017 02:47 PM
btw bang chik tu kucing dia tu ke cane
sofiazara replied at 18-7-2017 02:54 PM
tulis suka noktah2 ni apa, tengah bersajak?
iloveyou replied at 18-7-2017 02:57 PM
aah bang chik tu kucing dia
ehhh, dah lari kucing tu? serious?
dah lama x amik tau psl famili ni ...
ADVERTISEMENT