Pakatan Harapan akhirnya menyenaraikan barisan kepimpinannya hari ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat dinamakan sebagai ketua umum pakatan itu, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pengerusinya. Sementara itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan sebagai presiden. Memetik laporan mStar, setelah 4 jam mengadakan mesyuarat antara pemimpin komponen pembangkang pada 13 Julai, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinannya seperti berikut: Ketua Umum Pakatan : Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi Pakatan : Tun Dr Mahathir Mohamad
Presiden Pakatan : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Presiden Pakatan : Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu Naib Presiden Pakatan : Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jien , Salahuddin Ayub Setiausaha Agung Pakatan : Datuk Saifuddin Abdullah Bendahari Pakatan : M. Kula Segaran Menurut Tun Mahathir, kini Pakatan Harapan sudah mempunyai struktur kepimpinan, namun masih ada butiran lain dalam perlembagaannya yang perlu dimuktamadkan sebelum menyerahkan pendaftaran dan logo kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam tempoh seminggu. Apabila ditanya samada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pilihan sebagai perdana menteri, tegas Tun Mahathir, setelah berjaya membentuk kerajaan, Datuk Seri Anwar akan dibebaskan oleh perdana menteri yang ketujuh yang akan dilantik oleh kepimpinan Pakatan Harapan berdasarkan proses perundangan yang ditetapkan. Selain itu, Pakatan Harapan turut melancarkan logo baharu pada sidang media berkenaan.- CARI |
35
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zjen replied at 14-7-2017 07:03 PM
kalu la PH berjaya tapi GST masih kekal, iols say babai jelah
zjen replied at 14-7-2017 07:02 PM
ekceli bukan minat sgt PH, cuma demi tukar kerajaan iols undi dorg
PAS sori la, x rela bumi ki ...
RatuDunia94 replied at 14-7-2017 08:33 PM
Apa beza Ketua Umum, Pengerusi, Presiden?
Timbalan Presiden, Naib Presiden?
Ramai lak tu yg menyan ...
ADVERTISEMENT