CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suami Yang Suka Peluk Isteri Umurnya Akan Lebih Panjang Lima Tahun

14-7-2017 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9157| Komen: 42|Original author: Oleh : Hafiz BZ

 


Tahukah anda? Kasih sayang dan belaian mesra antara pasangan suami isteri bukan sahaja membahagiakan hidup malah mampu memanjangkan jangka hayat seseorang. 

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan, seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh".

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.


Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

Gambar sekadar hiasan

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Walaupun ajal sudah ditentukan ilahi, peluklah isteri anda setiap hari dalam usaha untuk memanjangkan umur. Logiknya, jika hidup sentiasa ceria risiko datangnya penyakit pun berkurang, tak begitu? - CARI



36

Bagus
28

Marah
25

Terkejut
25

Sedih
24

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote neurelle 14-7-2017 04:34 PM
Kalo nak lagi panjang,kene la eksesais skali
Quote NekNgah 14-7-2017 05:04 PM
Lebih tertarik dgn gambar hiasan.....
Quote NekNgah 14-7-2017 05:04 PM
Kemain lagi Fathia peluk Fatah...
Quote pumpkingirl 14-7-2017 05:45 PM
NekNgah replied at 14-7-2017 05:04 PM
Lebih tertarik dgn gambar hiasan.....

Hahaha..samala aku pun
Quote maaanakautauu 14-7-2017 05:54 PM
Ameeeeeennnnnnn



Tak semestinya pada status seorang isteri jerk Kan???

Quote maaanakautauu 14-7-2017 05:57 PM

Kalau ada 4 isteri you multiply by 5...you get 20 yrs extension to your life....itu belum kekasih gelap.....







Quote manjalara_01 14-7-2017 07:26 PM
kekerapan tolong tukar dyper la...lagi pjg umur...ehehheeh
Quote RatuDunia94 14-7-2017 08:46 PM
Fattah zaman bile tu? plain nya muka..
Quote mommymonster82 14-7-2017 09:25 PM
Orang beriman cakap pasal peluk isteri..
Mmg dapat pahal menyenangkn hati isteri n vice versa
Orang tak da iman asyik ingat nak buat maksiat...

Nauzubillah...
Quote WiduriiManja 14-7-2017 10:47 PM
Wahhh..bagus info ni..
Quote maaanakautauu 14-7-2017 11:23 PM
mommymonster82 replied at 14-7-2017 09:25 PM
Orang beriman cakap pasal peluk isteri..
Mmg dapat pahal menyenangkn hati isteri n vice versa
Oran ...

Seorang anak lelaki yang  memeluk ibunya setiap hari, sebelum heading for school, work....how??
Tak applicable??

Seorang lelaki Yang memeluk kekasihnya, Tak applicable?? Tak boleh secrete that endorfinn?? endorfinn ini hanya  wujud / embedded dalam orang Yang beriman sajork???

Nak manak sambung lagik??




Quote maaanakautauu 14-7-2017 11:25 PM
manjalara_01 replied at 14-7-2017 07:26 PM
kekerapan tolong tukar dyper la...lagi pjg umur...ehehheeh

Dyper very close to kain kapan.....


Quote onexox97 15-7-2017 09:38 AM
ada ke suami peluk isteri setiap hri?
Quote Genkidesuka 15-7-2017 12:14 PM
onexox97 replied at 15-7-2017 09:38 AM
ada ke suami peluk isteri setiap hri?

Assalammu'alaikum onexox97.

Ada je suami peluk isteri everyday.  Nk keluar gi kerja or gi memana, suami isteri salam n peluk dulu kt pintu.  Pastu masing2 babai kt tingkap.   Suami dari tingkap kereta, isteri dari tingkap rumah.  Kalau dua2 kerja, pelukle dulu before going out sama2.  Jgn lupa plak ckp i love u. Nk ckp bahasa melayu, french ke ikutlah.  Bahasa german pun boleh.
Quote maaanakautauu 15-7-2017 02:50 PM
onexox97 replied at 15-7-2017 09:38 AM
ada ke suami peluk isteri setiap hri?

why not??? The very fact masih Tak cukup dapat peluk sorang isteri walau Hari Hari....sebab tuh sampai nak tambah isteri lagik???
Make sense???


Quote maaanakautauu 15-7-2017 02:55 PM
Genkidesuka replied at 15-7-2017 12:14 PM
Assalammu'alaikum onexox97.

Ada je suami peluk isteri everyday.  Nk keluar gi kerja or gi meman ...

Kekadang sampai Tak sempat nak give kiss sebelum masuk keta......sampai kiss tingkap Keta pun jadik ler...sebab Dah Kalam Kabut sangat kan????

Bak kata hattan .....dalam keterpaksaan ku melangkah pergi, namun sempat jua ku menoleh mu disitu.....

Awwwwwwww so cewiiiiitttttttttt




Quote ShiningStars 15-7-2017 06:59 PM
So,peluklah isteri anda
Quote armin 15-7-2017 08:40 PM
onexox97 replied at 15-7-2017 09:38 AM
ada ke suami peluk isteri setiap hri?

Dah kawen belum? Time tido pun peluk.. time jalan2 pun peluk. Time letih kerja peluk. Buat apa kawen kalau tak peluk
Quote onexox97 15-7-2017 09:53 PM
armin replied at 15-7-2017 08:40 PM
Dah kawen belum? Time tido pun peluk.. time jalan2 pun peluk. Time letih kerja peluk. Buat apa kaw ...

anak dh empat tapi napa xda peluk peluk pum

hihihih

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.120815 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top