Bak kata orang malang itu tidak berbau. Memetik laporan Berita Harian, seorang pelajar sekolah Menengah Kebangsaan mengalami kecederaan selepas kipas yang digantung pada siling di dalam kelas terjatuh.
Ketika kejadian pada kira jam 9 pagi, mangsa berusia 18 tahun itu bernama Sam Ming Hui difahamkan sedang duduk di tempat duduknya untuk kelas subjek Pengajian Am. Tanpa disedari kipas tersebut tiba-tiba terjatuh di sisinya dan terkena pada bahagian pipi mukanya sehingga luka berdarah kira-kira lima sentimeter panjang. "Ia berlaku dengan pantas, saya terkejut dan tergamam, saya berasa sakit dan meletakkan tisu pada muka bagi menahan darah yang keluar.”
Kemudian dia dibawa ke hosipita untuk rawatan oleh guru darjah terbabit. Menurut bapa mangsa yang dikenali Sam Yau Seng, dirinya tidak dapat membayangkan sekiranya kipas itu terjatuh pada anggota badan yang mungkin akan menyebabkan kecederaan yang lebih serius buat anaknya. Manakala jelas pengetua sekolah T Gunalan, menurut laporan juruteknik, kipas tersebut jatuh bukan kerana siling pecah sebalik adalah disebabkan pengikat skru patah. " Semua kipas siling akan diperiksa dan sekiranya didapati bermasalah, kami akan berusaha menukar yang baru demi keselamatan pelajar."- CARI |
10
Bagus |
14
Marah |
42
Terkejut |
21
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mommymonster82 replied at 13-7-2017 01:47 PM
Sekolh ni klu nk mantain per2 mmg susah..cikgu jugak yg kena cek.. patut ada technician dtg cek seca ...
ADVERTISEMENT