Sudah biasa mengendalikan segmen pagi di radio Suria FM, Halim Othman mengakui yang dia agak sedih kerana tempatnya kini digantikan dengan pelawak Sharol Shiro.
“Perasaan bercampur-campur. Saya sukakan Shahrol tetapi selepas setahun rapat dengan Zulin, ada rasa sedih untuk berpisah. “Tetapi untuk memberi laluan kepada Shahrol tiada masalah.Ramai pendengar yang menghantar mesej kepada saya jangan pergi tetapi mereka perlu menerimanya,” katanya kepada ProjekMMO. Walau agak keberatan berpisah dengan dua rakan di segmen pagi iaitu Zulin Aziz dan Fizi Ali, namun katanya kenangan bersama mereka akan tetap terpahat dalam ingatan. Penstrukturan semula itu harus diterima dan selepas ini celoteh Shahrol bersama Zulin dan Fizi pula akan menggantikan Halim pada setiap Isnin hingga Jumaat dari 5 hingga 10 pagi.
“Saya sayang dua orang itu. Ada kesedihan untuk berpisah dengan mereka. Bila kita bangun pagi setiap hari berjumpa dengan orang yang sama, pasti merasakan ada ikatan. Menghabiskan masa bersama mereka lima jam sehari, merekalah orang paling dekat dengan saya,” tambahnya. Halim kini mengendalikan segmen Grandstand Suria yang bersiaran pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 pagi sehingga 1 petang. Apa pun selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-duanya. -CARI
|
12
Bagus |
21
Marah |
19
Terkejut |
22
Sedih |
24
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kiah_karok replied at 11-7-2017 02:45 PM
Tabahlah HO.xlama shahrul tu jdi dj pagi. kat fb abs kan hencap shahrul psl bnda ni
abangadek replied at 11-7-2017 02:44 PM
meols xsuka zulin, lawak dia bahasa kasar
shanshero replied at 11-7-2017 06:54 AM
H.O dah masuk 52 patutnya dah pencen
btw muka still tegang dan hendsoome . takde
ke pempuan kaye ...
ADVERTISEMENT