CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jin Sekarang Pun Dah Malas, Nak Santau Kena Hantar Guna Pos Laju

10-7-2017 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7296| Komen: 36|Original author: Oleh: Myra Rozi

Hasad dengki atau cemburu buta mungkin akan menyebabkan seseorang itu bertindak di luar batasan dan biaasalah kalau dah terlampau sakit hati, ramai yang hilang pertimbangan.


Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghantar benda halus, santau serta sihir semata-mata untuk membalas dendam terhadap seseorang.

Pengalaman seorang lelaki yang dikenali sebagai Abdillah Mignolet berdepan dengan perkara ghaib ini agak menyeramkan.

Menurutnya dia menerima satu bungkusan yang dikirim melalui pos. Namun apa yang menghairankan selepas dibuka, tiada apa-apa langsung di dalamnya.


Nama pengirim, alamat dan maklumat juga tidak jelas. Apa yang pasti hanya ada bau wangi semacam melekat di tubuhnya dan semakin kuat apabila berpeluh.

Foto: Facebook Abdillah Mignolet
"Esoknya aku bangun, aku jadi lemah sgt. Aku jadi pelupa, semangat hilang, jiwa aku kosong. Aku jadi tak suka bercakap dengan orang, suka duduk dalam gelap, tak suka makan. Cuma suka minum sebab badan aku panas."

Foto: Facebook Abdillah Mignolet
Statusnya menjadi tular dan mendapat perhatian dari netizen yang kebanyakannya berasa bimbang dan membincangkan perihal tentang santau moden yang menjadikan medium pos laju sebagai pengantaraan.

Namun, ada juga yang mempersoalkan kesahihan kisah tersebut dan menyatakan lelaki tersebut hanya mereka-reka cerita dan hanya mahukan perhatian.

Menurut seorang netizen, cerita tersebut adalah karut mana mungkin pihak pejabat pos tidak perasan bungkusan tersebut kosong.

Walau bagaimanapun, Abdillah menyatakan dia tahu perbuatan tersebut angkara siapa namun langsung tidak menyimpan apa-apa dendam.

Kadang-kadang kita mungkin tak sedar telah menyakiti hati atau menyinggung perasaan orang lain. Jadi diharap selepas ini semua akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kata-kata atau membuat sebarang tindakan.

Tidak kiranlah kisah yang dinyatakan tadi benar atau tidak, yang pasti ianya boleh dijadikan pengajaran bersama. Tak begitu? -CARI

5

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jointhecurse 10-7-2017 11:33 AM
btol ke ni???
Quote chinta89 10-7-2017 11:36 AM
Edited by chinta89 at 10-7-2017 01:56 PM

part tipu tu bila dia siap letak gmbr step by step nk buka bungkusan. lain2 x tau nk pcya ke tak.

ape pengajaran yg ak nak ambik kat sini ialah benda2 ghaib ni x leh ambik mudah, x kira la kena pos laju ke tak.. cepat2 berubat.
Quote nisako 10-7-2017 11:46 AM
mcm x logic je.....................
Quote Nt-ViruS 10-7-2017 12:04 PM
kenapa tak ada orang santau najib?
Quote CiliPadiSedap 10-7-2017 12:14 PM
Nt-ViruS replied at 10-7-2017 12:04 PM
kenapa tak ada orang santau najib?

kau hantar santau kt najib, najib hantar 10 santau kt kau berbaloi tak? sama juga barrack obama donald trump mereka pun ada paderi bodyguard jin.
Quote qistiena 10-7-2017 12:26 PM
biar betul...
Quote nuralisa 10-7-2017 12:40 PM
dah kena santau..pastu ada pulak step 1 by 1 bukak parcel tu...
Quote manjalara_01 10-7-2017 12:49 PM
chinta89 replied at 10-7-2017 11:36 AM
part tipu tu bila di asiap letak gmbr step by step nk buka bungkusan. lain2 x tau nk pcya ke tak.

...

ha ah kan?...mcm pelik je
Quote debab76 10-7-2017 01:01 PM
santau ada km range sampai mana dia boleh pergi sampai perlu pos bagai? nasib tak guna sk**et. alamat taksampai la
Quote idakamaruddin 10-7-2017 01:14 PM
koserr nak percaya...
Quote myakayina 10-7-2017 01:21 PM
takkan la org poslaju tak rasa pelik envelope tu kosong dan ringan je..
Quote Ayda89 10-7-2017 01:31 PM
Gilanya, santau pon dah pakai pos bagai ? Dia tak penah dengar santau angin ke? Adoila nak kena isi form, pegi pejabat pos bagai. hahahah
Quote Areen1904 10-7-2017 03:08 PM
Scary nya zaman sekarang. Org sanggup buat macam2.
Quote Areen1904 10-7-2017 03:08 PM
Scary nya zaman sekarang. Org sanggup buat macam2.
Quote saviour_09 10-7-2017 03:46 PM
kak hasanah v. 2?
jin pun malas dak sekarang ye!!!
nak menyusah kan abam posmen!!!
Quote cheergirlz 10-7-2017 03:56 PM
ntah laa..mcm2 hal skrg nie..
Quote pearl.silver 10-7-2017 03:57 PM
Dia tujuk nota post yg copy?
Bukan ke recipient akn terima nota pos yg asal yg tulis pen tu?
Sama ada line warna pink atau coklat gitu
Quote pocongkiutss 10-7-2017 04:08 PM
pearl.silver replied at 10-7-2017 03:57 PM
Dia tujuk nota post yg copy?
Bukan ke recipient akn terima nota pos yg asal yg tulis pen tu?
Sama  ...

Betul juga kan..penerima dpt copy asal
Quote pearl.silver 10-7-2017 04:16 PM
pocongkiutss replied at 10-7-2017 04:08 PM
Betul juga kan..penerima dpt copy asal

Xpenah lg iols dpt yg carbon copy ni..hehe

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.072710 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top