Seorang lelaki menikam diri sendiri selepas menikam isterinya dalam kejadian di Kempas Baru, Johor Bahru, lapor Harian Metro. Kedua pasangan itu dipercayai bertengkar sebelum mangsa, 41, ditikam di perut. Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan.
Kemudiannya, suspek, 49, yang juga seorang pengawal keselamatan cedera parah selepas menikam diri sendiri di perut dan dilaporkan kritikal. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kira-kira jam 6.45 petang, semalam. "Polis mendapati kedua-dua mereka cedera dalam sebuah rumah dan dibawa ke hospital dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
"Polis juga masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya. - CARI
|
Pink_Purple replied at 8-7-2017 11:20 AM
tikam diri pas tu tikam bini,
nekad nak mati sama2
jazaa100 replied at 8-7-2017 01:09 PM
Tikam bini pastu tikam diri sendiri....
Pink_Purple replied at 8-7-2017 11:20 AM
tikam diri pas tu tikam bini,
nekad nak mati sama2
ENcikKool replied at 9-7-2017 01:10 AM
Tikam bini dulu..bru tikam diri..
Kalo tikam diri dulu..bini kawen baru
ADVERTISEMENT