Luluh hati seorang suami apabila pulang dari kerja dan mendapati isterinya yang juga seorang guru dalam pantang kerana melahirkan anak, meninggal dunia di sisi dua anak yang masih kecil. Kejadian pilu itu berlaku di Taman Putri Kulai pada Selasa apabila suami guru berkenaan yang berusia 35 tahun pulang ke rumah pada jam 8.30 malam selepas selesai tugas sebagai pemandu lori. Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, berkata Siti Rohana Redzuan, 36, ditemui tidak bernyawa di atas katil manakala dua anak mereka yang berusia 48 hari dan 19 bulan berada di sisi. Difahamkan guru wanita berkenaan sebelum itu berpantang di rumah ibu berhampiran taman itu sebelum pulang ke rumah sendiri beberapa hari lalu.
Razak berkata pada hari kejadian, suami mangsa keluar bekerja kira-kira jam 6.30 pagi dan ketika itu arwah sedang tidur. “Kira-kira jam 8.30 malam, ketika suaminya pulang ke rumah mendapati isterinya berada di atas katil dalam keadaan kaku dan pasukan perubatan Hospital Kulai yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia." “Suami mangsa menyatakan isterinya dalam tempoh cuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak kedua." Kisah guru berkenaan juga menjadi viral di media sosial. Razak berkata, proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kulai, pagi semalam mendapati punca kematian mangsa disebabkan paru-paru berair dan masalah jantung. Sementara itu, suami mangsa ketika ditemui di rumahnya petang tadi, enggan memberi sebarang ulasan kerana terlalu sedih.- CARI
|
7
Bagus |
12
Marah |
3
Terkejut |
3
Sedih |
10
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lostnfaun replied at 6-7-2017 07:01 PM
Sedap jer yg dok tulis sbb czer... Pastu pakat share... Ujung2 yg pnh czer suma takut trus
Suchi replied at 6-7-2017 07:23 PM
sbb paru2 n jantung kan?
Kes ni lebih kurang dulu terjadi kat cikgu gak.
Mati tetiba masa tgh t ...
sayang_mulut replied at 6-7-2017 09:24 PM
baru last few days bekas cikgu aku meninggal dalam kereta lepas round student nye hostel... sedih ba ...
jerukkedondong replied at 6-7-2017 09:54 PM
Guru besar SEMESTI tu ye...
ADVERTISEMENT