Susulan pelbagai pihak mempersoalkan keputusan Kementerian Kesihatan untuk mengecualikan syarat kelulusan Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lulusan perubatan yang memohon jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 lantikan kontrak di hospital kerajaan. Sehubungan itu, dalam mesyuarat mingguan yang berlangsung hari ini, kabinet sebulat suara membatalkan keputusan berkenaan. Memetik laporan Bernama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata pengumuman rasmi akan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. “Harap isu ini ditamatkan kerana jemaah menteri telah sebulat suara,” katanya pada sidang media hari ini. Pada 2 Julai, Kementerian Kesihatan mengumumkan kelonggaran syarat lulus subjek itu untuk pekerja perubatan lantikan kontrak, iaitu pelatih perubatan.
Ia bagi membolehkan graduan perubatan yang tidak lulus BM peringkat SPM berkhidmat dan membolehkan mereka memperoleh sijil penuh pegawai perubatan. Sejak 1 Oktober tahun lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melantik pelatih gred UD-41 secara kontrak, tetapi calon masih perlu lulus subjek BM peringkat SPM.- CARI |
33
Bagus |
15
Marah |
6
Terkejut |
20
Sedih |
9
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Burong_Hantuk replied at 5-7-2017 05:28 PM
sya sokong lah yer
shasha79 replied at 6-7-2017 06:55 PM
aduh... can we concentrate on how to make them a better doctor than getting a pass in BM! seriously ...
tagas replied at 5-7-2017 09:20 PM
Bkn yg amek bidang medic ni sume nye result
spm power2 str8 A ke
exclusive_vvip replied at 6-7-2017 08:43 PM
tu la psl...sebab tu i sokong je org ramai ke agensi lain nak bising2 pasal isu ni...sebab kawan i ...
Skuau replied at 6-7-2017 08:05 PM
Doktor yg baik...boleh berkomunikasi dgn perbagai lapisan masyarakat...sb yg sakit tu..x kira drp ...
bulan_gerhana replied at 6-7-2017 09:13 AM
utk local U memang la BM derang kene pass.. so xde masalah tapi in-terms english derang x bole compe ...
ADVERTISEMENT