Ramai netizen mula berasa teruja apabila viral di laman sosial tentang jualan murah cincin swarovski menerusi satu laman web tempatan. Mana tidaknya, cincin kristal tersebut yang harga asalnya mencecah RM500 kini boleh didapati dengan harga serendah RM29!
Namun, tawaran itu telah dipalit dengan cerita kurang enak apabila seorang netizen dikenali sebagai Dee Ya berkongsi kisah dia ditipu! Katanya, dia pernah membeli cincin di laman web sama beberapa tahun lepas dan hasilnya bukan cincin kristal yang didapati sebaliknya hanyalah palsu. Malah, tidak cukup dengan itu, bagaikan cincin permainan tikam yang diperbuat daripada plastik yang diperolehnya. Sedih!
"Ni lah cincin rm29 swarovski dari mysale tahun 2014 lagi dah ada. "Yang sekarang baru nak viral lol. Plastik!" ujarnya menerusi laman Twitter. Ia sekaligus menarik perhatian ramai pengguna lain yang nyata kecewa kerana mereka diberi harapan palsu. "Nasib baik aku belum terjebak dan tak beli lagi cincin ni.." "Dekat laman web tu ada komen konon-konon dapat barang ori. Boleh ke barang ori harga puluh2 je?" Kesimpulannya jangan cepat terpedaya dengan iklan jualan murah terutama jika ia melibatkan produk berjenama. Tak mungkin ia dijual serendah RM20 sahaja, betul? Jadilah pengguna yang lebih peka dan bijak. - CARI
|
8
Bagus |
5
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
15
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
exclusive_vvip replied at 5-7-2017 04:08 PM
perhiasan swarovski yg real lawa2 gak...i beli yg gelang double loop tu, dok lenjan yg tu je tetiap ...
neez_cookies replied at 5-7-2017 06:16 PM
Beli kat mana? Nak jugak
EncikRhoma replied at 5-7-2017 01:23 PM
mysale memang hauk. Aku pernah beli bangle. Dalam gambar nampak cantik. Dah sampai siap berkarat lag ...
ADVERTISEMENT