Tahukah anda hasil kajian yang dijalankan oleh www.VoucherCodesPro.co.uk, mendapati bahawa wanita hanya memakai satu perempat daripada kasut yang mereka beli. Ya,hanya 1/4 sahaja. Kalau seorang wanita mempunyai 36 pasang kasut, mereka hanya memakai 9 pasang sahaja dan yang selebihnya mereka akan simpan dan pakai hanya sekali sekala. Kajian yang melibatkan 2,352 wanita yang berumur lebih 18 tahun, mendapati bahawa wanita rata-ratanya mempunyai kira-kira 20 pasang kasut , namun mereka hanya memakai 5 daripada koleksi kasut mereka. ( Imelda Marcos dan Rosmah Mansor mungkin tiada dalam senarai kajian,hihi! ) Berikut adalah alasan utama kaum hawa beri tentang mengapa mereka mengabaikan kasut mereka dan hanya pakai 1/4 sahaja daripada koleksi kasut mereka 1. Terlalu selesa (terlalu ketat pada kaki / tumit terlalu tinggi) (64%) 2. Sukar untuk dipadankan dengan pakaian (55%) 3. Takut untuk rosak / sangat mahal (41%) 4. Telah diberikan sebagai hadiah dan tidak sukakannya (37%) 5. Tidak suka selepas beli (21%) Kaji selidik itu mendapati bahawa 86 peratus daripada wanita mempunyai sekurang-kurangnya satu pasang kasut yang mereka tidak pernah dipakai. Dengan peruncit fesyen cepat menjual kasut dan terkini, tidak hairanlah wanita mempunyai simpanan kasut seperti simpanan stok tisu tandas di rumah.
|
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 01:37 PM
macam biasa... @spiderman80
tolong huraikan masalah kaum perempuan iney
AdamBillionaire posted on 20-8-2013 01:46 PM
kajian aku menunjukkan perempuan satu hari dua kali tukar bra..
espritvin posted on 20-8-2013 02:18 PM
of cos la kena tukar...hahaha
takan nak pakai seharian..bau kepam nanti
pakwetizzaqyah posted on 20-8-2013 01:37 PM
macam biasa... @spiderman80
tolong huraikan masalah kaum perempuan iney
spiderman80 posted on 20-8-2013 05:11 PM
Mereka ini pandai membazir, tak tahu menghargai sesuatu dan tamak. Ini dasar betina yang suka meng ...
ADVERTISEMENT