Pengasas syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih popular dengan gelaran Dr Vida dilaporkan akan membida tiga nombor plat kenderaan siri “AKU” untuk kenderaan terbarunya. Memetik laporan Harian Metro, jutawan produk kosmetik Qu Puteh itu sudah menghantar wakil membuat bidaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak sejak dibuka semalam, lapor mStar Online. Namun Dr Vida enggan mendedahkannya demi memastikan salah satu nombor plat yang “signifikan dengan dirinya”, memihak kepadanya. “Saya akan bida tiga nombor, tapi tak payahlah saya dedahkan nombor dan jumlah bidaan tersebut. Biarlah rahsia."
JPJ negeri mengumumkan nombor pendaftaran seperti 8055 (BOSS), 1305 (BOS) dan 805 (BOS) dikategorikan sebagai nombor popular dan menjadi pilihan ramai termasuk selebriti. Bidaan bermula semalam sehingga 18 Julai ini. Tahun lalu, Hasmiza yang mesra disapa Vida membida nombor plat “F1” tetapi gagal selepas dimenangi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan bidaan RM836,660.- CARI
|
15
Bagus |
13
Marah |
19
Terkejut |
7
Sedih |
13
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Decaffeinated replied at 4-7-2017 06:40 PM
Mana boleh bida sampai dapat. You only have one shot at it. Ini bukan auction.
Jorja replied at 4-7-2017 08:48 PM
Kalau mampu apa salahnya pakai nombor cantik..kereta mewah memang match no plat yg sikit like dua an ...
ADVERTISEMENT