Memetik laporan portal Oriental Daily, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun dua sen berkuat kuasa 12.01 tengah malam Khamis bagi tempoh 29 hingga 5 Julai ini. Manakala harga diesel turun empat sen untuk minggu ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman sesawangnya secara infografik menyatakan, harga runcit petrol masing-masing turun dua sen iaitu RON95 kepada RM1.89 seliter manakala RON97 kepada RM2.15 seliter. Harga runcit diesel pula menurun empat sen kepada RM1.84 seliter. Bagi minggu sebelum ini iaitu 22 Jun hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.17 dan diesel RM1.88 seliter. -CARI
|
41
Bagus |
25
Marah |
22
Terkejut |
42
Sedih |
49
Lawak |
46
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT