Hanya kerana taksub dengan kepercayaan karut, seorang penumpang warga tua bertindak melempar sembilan syiling ke dalam enjin pesawat yang mengakibatkan penerbangan terpaksa ditangguhkan beberapa jam. Memetik laporan Beijing Youth Daily, tindakan warga tua yang berusia 80 tahun itu dikatakan untuk mendoakan agar perjalanannya selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujunya iaitu Guangzhou di selatan China. Wanita berkenaan melemparkan sembilan syiling ke arah enjin pesawat China Southern Airlines CZ380 ketika berjalan ke arah kapal terbang itu. Difahamkan terdapat penumpuang lain yang melihat gelagat wanita itu segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa di situ.
Menurut polis lapangan terbang, hasil pemeriksaan, polis berjaya mencari kesemua sembilan syiling di lokasi, di mana lapan syiling itu tidak menepati sasaran, kecuali satu sahaja yang masuk ke enjin pesawat berkenaan. Susulan perbuatannya itu, warga tua berkenaan telah ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai. Tegas suspek, dia melemparkan syiling itu sebagai tanda berdoa untuk keselamatan sepanjang perjalanannya.- CARI |
18
Bagus |
25
Marah |
11
Terkejut |
28
Sedih |
29
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 28-6-2017 03:50 PM
Sebelum ni dh selalu lempar agaknya
Tu yg byk terhempas
aechae replied at 28-6-2017 04:00 PM
Pprt sgt prangai nk lempar brg for luck...pdn muka kna tahan
dani-rox replied at 28-6-2017 04:15 PM
Lempar balik kat nenek tuh, buang suwei.
dubuk replied at 28-6-2017 04:13 PM
grandma siapa tuuu
ADVERTISEMENT