Dah sampai di penghujung bulan Ramadan, mesti ramai yang dah malas nak makan nasi atau masak lauk pauk biasa kan? Apa kata kita cuba buat piza pula, tak susah langsung! Resipi yang satu ini memang ringkas dan sangat berbeza dengan yang sebelumnya.
Hanya menggunakan roti Gardenia biasa sahaja, hasilnya memang sedap dan menakjubkan. Jom cuba! Bahan-Bahan Roti Gardenia Daging kisar digoreng Sos pasta Keju Mozarela Lada benggala Cara-Cara 1. Sapukan marjerin di atas loyang. 2. Susun roti di atas loyang. Biasanya yang berukuran 8x8 dapat memuatkan 4 keping roti. 3. Sapu rata sos pasta di atas roti yang telah disusun tadi. 4. Tabur rata daging kisar. Boleh guna digantikan dengan ayam atau apa-apa topping ikut cita rasa masing-masing. 5.Tabur lada benggala di atasnya. Kalau tak suka tak perlu letak pun tidak mengapa. 6. Tabur rata keju Mozarela. Lagi banyak lagi sedap. 7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius (15-20 minit). Siap! Ringkas, sedap dan mengenyangkan. Menu yang sangat praktikal buat berbuka puasa, boleh juga dijadikan bekalan dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Selamat mencuba! -CARI Kredit Resipi: Zalina Binti Zainal
|
23
Bagus |
20
Marah |
28
Terkejut |
20
Sedih |
24
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jue10 replied at 23-6-2017 01:14 PM
ada pic mozzarella cheese tu x.
ADVERTISEMENT