Amboi beraya sakan Wak Doyok tahun ini sebab butang baju Melayu pun dah berharga RM33 ribu. Menerusi sebuah entri di Twitternya, ikon fesyen ini pada mulanya memuat naik sebuah gambar katalog butang baju Melayu.
Memang harganya boleh tahan mahal sebab semuanya mencecah ribuan ringgit. Malah, Wak juga turut memuat naik sekeping gambarnya yang memakai butang baju Melayu dengan kapsyen, "Nampak tak, ini harganya RM33k." Dah macam harga sebiji kereta dan disebabkan itulah ramai netizen mula membalas komennya. Kebanyakannya mengatakan Wak Doyok yang juga merupakan seorang pengacara sebagai seorang yang riak dan takbur. Bukan harga butang Baju Melayu sahaja, malah harga sampingnya juga diberitahu apabila ada yang bertanyakan tentangnya. "Harga dari RM10,000 hingga RM40,000 pun ada. Tenun Terengganu," katanya. Asalkan Wak bahagia, tak payahlah nak kecam mengecam. Kalau dah mampu apa salahnya, tak begitu? -CARI
|
29
Bagus |
31
Marah |
25
Terkejut |
25
Sedih |
23
Lawak |
44
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
putehkundor replied at 23-6-2017 11:04 AM
Rezeki orang cantik
ADVERTISEMENT