"Saya sedang mencari jodoh untuk abang saya." Demikianlah kata seorang adik menerusi laman Facebook (FB) dalam usaha mencari jodoh untuk abangnya.
Perkara sebegini tak adalah mengejutkan sangat pun sebab sudah biasa dilakukan orang lain. Namun apa yang menariknya iklan cari jodoh ini adalah ayat "Kacak macam Shah Rukh Khan". Menurut Taufik Khairuddin, abangnya Eddy khairuddin, 32, sedang mencari pasangan untuk dijadikan teman hidup. Tapi orangnya mestilah dalam lingkungan usia 25-32 tahun dan mempunyai pekerjaan tetap.
Siap bagi akaun FB abang dia lagi tau! Boleh dikatakan kacak juga lah orangnya. Hasil usaha murninya itu, status berkenaan dikongsi pengguna media sosial lebih 4,000 kali selain menerima 11,000 komen. Memang berduyun-duyunlah perempuan Malaysia cari abang dia sekejap lagi. "Takkanlah muka macam ni tak boleh cari jodoh sendiri. Macam tak logik je," komen netizen. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada iklan itu benar-benar sahih atau hanya sekadar gurauan semata-mata. Tunggu apa lagi, sesiapa berminat cepat-cepatlah hubungi abang SRK ni! Mana tahu kot betul-betul jodoh, siapa tahu kan? - CARI
|
33
Bagus |
23
Marah |
29
Terkejut |
33
Sedih |
26
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Andyscenes replied at 21-6-2017 05:27 PM
Mungkin br bertaubat dari bergayah sebelum ni
ashcroft86 replied at 21-6-2017 09:04 PM
Baru nak ckp bende yang sama. Kahkahkah.
WajibulGhunah replied at 21-6-2017 11:57 PM
Husnudzon :
Beliau mungkin x layan cintancintun ni
Kalau boleh nak tup tup kawen
ADVERTISEMENT