CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Nanti Bila Amin Besar, Amin Nak Jaga Mama Seperti Mama Jaga Nenek."

21-6-2017 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5541| Komen: 19|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Tak keterlaluan dikatakan tahun ini laman sosial penuh dengan iklan raya yang berjaya menyentuh banyak perasaan.Dengan elemen kekeluargaan, kejiranan dan juga makna hari raya itu sendiri digarap denga ...

Tak keterlaluan dikatakan tahun ini laman sosial penuh dengan iklan raya yang berjaya menyentuh banyak perasaan. 

Dengan elemen kekeluargaan, kejiranan dan juga makna hari raya itu sendiri digarap dengan pelbagai cara sama sedih, gembira mahupun mencuit hati. 

Salah satu iklan raya yang baru sahaja dilancarkan sehari lepas, bertajuk Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu oleh Air Anugerah dilihat sukses membuatkan ramai netizen menitiskan air mata. 

Mendapat sentuhan lakonan dan juga arahan Fauziah Nawi, maka tidak hairanlah iklan ini berjaya menyampaikan mesej yang sudah terkesan. 

Loading FB Post...


Jalan ceritanya tidaklah complicated namun cukup mengesankan. Ia mengenai seorang ibu yang sedang uzur dan tiada tempat bergantung kerana anak-anak lelakinya mementingkan diri. 

Namun, dia bernasib baik kerana Tijah anak perempuannya sanggup menggalas tanggungjawab itu, meskipun keadaan diri sendiri yang sukar dan serba kekurangan.

Tindakan anak-anak lelaki yang sepatutnya menjaga ibu tetapi sebaliknya diabaikan dengan memberi pelbagai alasan. Akhirnya mereka menyesal kerana segalanya sudah terlambat.

Ibu mereka telah dipanggil mengadap Ilahi. Yang uniknya, Amin anak kepada Tijah yang menyaksikan bagaimana ibunya sanggup bersusah payah menjaga nenek sehinggalah meninggal dunia adalah individu paling terkesan. 

"Nanti bila Amin besar, Amin nak jaga mama macam mana mama jaga nenek." 

Begitulah yang diucapkan oleh anak kecil itu ketika hari ibu kepada Tijah meninggal dunia. 

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sedih dan berkata iklan ini mengingatkan memori dengan ibu masing-masing. Nampaknya ia memang memberi impak kepada mereka!


"Sis jeles pada yang masih mempunyai ibu dan bapa. Bila menjelang hari raya, teringat sangat-sangat keduanya. Allah sahaja yang mengetahuinya."

"Wanita itu beri contoh hebat kepada anak kecilnya.."

Bagaimana pula dengan anda? Mungkin sudah berasa tidak sabar untuk mencium tangan dan memeluk ibu pada hari raya ini? - CARI 


33

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 21-6-2017 04:00 PM
kan dh menagis sensorang tgok, ni yg malas nk buka tgk huhu

Quote idakamaruddin 21-6-2017 04:37 PM
manehnya replied at 21-6-2017 04:00 PM
kan dh menagis sensorang tgok, ni yg malas nk buka tgk huhu

thn ni byk iklan menangis

yg iklan pelaburan mara tu teresak2 iols tgk

dh la cite mcm sama ms iols kecik..adik beradik 7 org 4 org kene naik bas bila nk blk kg..dh la dorang pn blk kelate tu


Quote manehnya 21-6-2017 04:41 PM
idakamaruddin replied at 21-6-2017 04:37 PM
thn ni byk iklan menangis

yg iklan pelaburan mara tu teresak2 iols tgk

yg iklan tu aku mmg x click nk tgk, kalu tgk mgkin teresak2 jugak, sbb komen2 pun kata sedih amat,

habis tu mcm mana org dewasa nk berhari raya dgn gembira?
Quote idakamaruddin 21-6-2017 04:45 PM
manehnya replied at 21-6-2017 04:41 PM
yg iklan tu aku mmg x click nk tgk, kalu tgk mgkin teresak2 jugak, sbb komen2 pun kata sedih amat, ...

tak paham la dorang suka buat iklan sedih

kita nk raya happy kan


Quote EvieWanKenobi 21-6-2017 05:32 PM
memang menyentuh perasaan..
anak ramai tak semestinya boleh
jaga seorang ibu..
Quote Pink_Purple 21-6-2017 05:57 PM
jangan dah mati orang tua tu, asyik dok berebut harta pulak
Quote Burong_Hantuk 21-6-2017 07:56 PM
nawuzubilla
Quote imransulaiman 21-6-2017 08:35 PM
Baru tengok scene awal mengelak jaga mak tu pun hati dah sayu

Quote haryatie 22-6-2017 08:31 AM
da berpuluh tahun xde parents...
tumpang raya umah kakak..
Quote -electrifying- 22-6-2017 09:42 AM
tahun ni byk iklan raya yg best2 kan... masing2 cbe bg yg terbaik
Quote debab76 22-6-2017 10:39 AM
hakak anti btol dgn iklan sedeyh2 ni. lg2 jalan cerita cliche. kudos to tnb utk iklan yg cemerlang tahun ni
Quote CiliPadiSedap 22-6-2017 11:07 PM
Tahun ni akaak nangis tengok buku akaun
Quote Burong_Hantuk 22-6-2017 11:24 PM
sukur .taniah
Quote ChildrenOfBodom 24-6-2017 07:36 PM
Raya dan kesedihan sinonim dgn umat mulayu. Org sambut raya sambut kemenangan, mulayu sambut raya mcm sambut kematian...Bodoh cam lancio.
Quote fox. 24-6-2017 08:25 PM
Tahun ni tak ada masa tengok iklan raya.tu jah satu tengok iklan dak aida sambut raya.aida ke haper nama
Quote huehue 25-6-2017 04:41 AM
idakamaruddin replied at 21-6-2017 04:37 PM
thn ni byk iklan menangis

yg iklan pelaburan mara tu teresak2 iols tgk

I tengok iklan tu dekat twitter ada orang share. Teruih menangis tengok. Nasib baik takde orang kat ofis. Kalau tak jatuh reputasi i . Pelakon iklan dia semua yang wow. Dari faizal sampai ke rahim razali semua ada.
Quote mynameisjoe 2-7-2017 02:11 PM
raya je iklan sedih

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070439 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top