"Apabila Amerika Syarikat kata ini satu perkara yang berlaku, tak ada usul periksa, kelam kabut kita percaya." "Bagi saya DOJ ialah Amerika punya sistem. Terpulang kepada dia. Ia adalah perkara sivil." Demikian ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said kepada pemberita ketika diminta mengulas isu saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas merasmikan Konvensyen Bantuan Guaman di Bangi, hari ini. Selain kesal kerana sesetengah pihak mudah percaya dengan apa sahaja yang didakwa, beliau turut meminta agar rakyat Malaysia khususnya tidak mudah panik dengan isu tersebut.
Tegas Azalina setiap negara mempunyai sistem undang-undang tersendiri termasuk Amerika Syarikat dan Malaysia. "Dalam negara, kita ada sistem Parlimen, sistem mahkamah kita, sistem peguam negara kita. Kita dah ada semua. Oleh itu, kita lakukan ikut cara kita," katanya. Baru-baru ini, DOJ mengemukakan saman sivil kedua bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.- CARI
|
12
Bagus |
22
Marah |
31
Terkejut |
22
Sedih |
18
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
v(T.T)v replied at 20-6-2017 04:31 PM
Mungkin Songlap wang negara tidak bersalah disesetengah negara.
ADVERTISEMENT