Seorang lelaki Orang Asli membunuh neneknya selepas berang diajak untuk berjumpa Tok Batin bagi mendapatkan rawatan. Menurut Berita Harian, suspek berusia 32 tahun yang dipercayai mengalami gangguan mental telah menetak neneknya, 76 tahun dalam kejadian yang berlaku di Kampung Pagar, Lipis itu.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, berkata siasatan awal polis mendapati suspek sebelum itu mencederakan muka isterinya berusia 21 tahun menggunakan bara api sebelum pergi ke rumah neneknya untuk meminta makanan. "Apabila mangsa memberitahu tiada makanan di rumahnya dan ingin membawa suspek berjumpa Tok Batin untuk rawatan, suspek bertindak ganas dengan mengambil parang dari rumah itu sebelum menetak leher mangsa.
"Akibat tetakan itu mangsa rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia," katanya. Azmy menambah, suspek kemudiannya pulang ke rumah dan berlaku pergelutan di antaranya dengan bapa mertua menyebabkan lelaki berusia 56 tahun itu cedera di belakang dan leher. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan seuspek ditahan sehingga keputusan pemeriksaan kesihatan (mental) diterima. -CARI
|
25
Bagus |
29
Marah |
21
Terkejut |
19
Sedih |
24
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT