Penyanyi Sahara Yaacob pernah mendapat perhatian kerana hidup dalam kesempitan dan tinggal dalam sebuah stor di Hulu Langat.
Menceritakan detik yang penuh daif itu, Sahara mengakui tidak merasai juadah berasaskan daging dalam tempoh 10 tahun sebelum ini. Memang kedengaran agak janggal namun memang itulah yang terjadi sebenarnya kerana ketika itu dia tidak mampu. "Rasanya hampir 10 tahun juga saya tidak makan daging kerana tiada siapa ingin sedekahkan kepada saya termasuklah kalau tibanya hari raya Aidiladha. "Memang teringin sangat nak makan daging tapi tidak pula saya meminta-minta. "Tahun ini apabila saya banyak dapat undangan berbuka puasa memang saya makan puas-puas apa-apa masakan daging dan Alhamdulillah rezeki tahun ini memang murah," katanya kepada Mstar Online. Kehidupan penyanyi ini semakin stabil selepas dia berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seri Alam Sungai Besi sejak setahun lalu. - CARI |
9
Bagus |
15
Marah |
8
Terkejut |
2
Sedih |
7
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
orsay1 replied at 16-6-2017 08:41 AM
terima kasih kepada yang menyumbang make up ke acik sara ni ya
orsay1 replied at 16-6-2017 04:41 PM
terima kasih kepada yang menyumbang make up ke acik sara ni ya
prettyuglybabe replied at 16-6-2017 05:35 PM
tak makan daging badan masih sihat macam tu..
kalau makan, tak tau la sihat cam mana..
meteorspeed replied at 16-6-2017 07:03 PM
Majlia aper tah kemain rambut gerbang warna perang lagi
ADVERTISEMENT