Dia buat hal lagi! Kalau dulu viral dengan pau cendawan sampai orang sanggup beratur panjang mahu membelinya. Kali ini jika berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya, jangan lupa singgah di gerai yang menjual pau unik, Pau Coklat Rocher dan Pau Sambal Bilis.
Tengok sekali pun dah jatuh hati, kalau rupa dah cantik, mesti intinya lagilah sedap. Kalau nak tahu, pau yang dibentuk seakan-akan coklat Ferrero Rocher ini intinya adalah coklat dan kacang. Kalau makan memang layan habis sebab intinya meleleh-leleh semasa digigit. Bagi yang gemarkan pedas pula bolehlah cuba Pau Sambal bilis. Kalau yang ini memang tak perlu fikir dua kali, terus sahaja rasa nak beli. Dari jauh sudah menyala-nyala nampak warna merahnya dan dibentuk menyerupai cili besar merah. Patutlah semua orang pakat berebut, bukan budak-budak sahaja yang suka, orang dewasa pun makan berulang kali. Hanya RM3.50 sahaja untuk satu biji pau. Apa lagi, jom pergi sama-sama ke bazar Putrajaya? -CARI |
28
Bagus |
24
Marah |
18
Terkejut |
21
Sedih |
33
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT