CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Udang Sanggul Buat Si Penggemar Seafood, Kalau Ratah Tak Cukup Sepinggan

16-6-2017 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12285| Komen: 24|Original author: Oleh: Myra Rozi

Ramai antara kita yang memang gilakan makanan laut, lagi-lagi kalau dapat makan udang! Memang rasa nikmat sangat sampai tak terungkap dengan kata-kata.

Biasanya kalau di rumah, kita selalu masak udang goreng celup tepung. Muak juga kan bila ulang menu yang sama?

Nah, cuba resipi Udang Sanggul ini sebab ianya memang istimewa. Rangup dan sedap sampai tak perasan dah licin ratah satu pinggan.

Foto: Emily2u.com
Bahan-Bahan
20 ekor udang sederhana besar
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Air secukupnya

Kulit popia

Cara-Cara
1. Bersihkan udang dengan dibuang kulit kecuali bahagian ekor.
2. Perapkan udang tersebut dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.
3. Bancuh tepung gandum dengan air sehingga mendapat bancuhan sederhana pekat. Ketepikan.
4. Ambil beberapa keping kulit popia. Leraikan supaya tidak melekat antara satu sama lain. Lipat dua dan gunting menjadi juraian yang halus memanjang.
5. Celup udang di dalam bancuhan tepung gandum.
6. Lilitkan udang dengan juraian kulit popia sehingga menutupi kesemua bahagian udang kecuali ekor.
7. Goreng sehingga garing dan kekuningan. Siap!

Foto: Facebook
Boleh dimakan begitu sahaja tapi kalau cicah dengan sos cili dan mayonis lagi sedap. 

Bukan udang sahaja, resipi ini boleh digantikan dengan hirisan sotong atau hirisan isi ayam yang dipotong memanjang. Selamat mencuba! -CARI

Kedit Resipi: Facebook Kerja Dari Rumah
18

Bagus
20

Marah
4

Terkejut
15

Sedih
21

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JeepersCreepers 16-6-2017 12:49 PM
Rajinnya nak menggunting
Quote myakayina 16-6-2017 12:55 PM
mcm ngeri plk nak mkn..
Quote kiambang 16-6-2017 12:56 PM
Menyelerakan ... yummy ..,
Quote Daisyna 16-6-2017 01:58 PM
sedaynya,mesti rangup
Quote mak 16-6-2017 02:55 PM
akak penah makan udang selubung ni beli kat Pantai Puteri (TAnjung Kling) Melaka..
mmg ranggup dan sedap lah..
Quote degurlz 16-6-2017 03:11 PM
gunting kecil2 ker? ada cara lain?
Quote nisako 16-6-2017 03:38 PM
jenuh nak gunting...................
Quote kentel 16-6-2017 03:41 PM

bila da sejuk dia punya liat tu...ngko rasa nk terbalikkan meja sungguh la
Quote zatin0004 16-6-2017 05:34 PM
!!!Betul Betul Senang Nak Menang!!!
=========================================

Duduk Rumah Saja. Ada Handphone Boleh Dah.
=========================================
wukong,tembak ikan ,slot game
semua brada di sini
=========================================

Whatsapp 016-704 7797/016-705 7797
https://www.facebook.com/luckystar118/

=========================================

Online Transfer
Maen ape dpt ape,senang cash in cash out
service 24jam
=========================================
WELCOME BONUS ,DAILY BONUS, TOPUP BONUS
BAGI SEMUA MEMBER
Quote pearl.silver 17-6-2017 12:16 PM
Mesti mhl gila
Kos org nk gunting halus dan lilit tebal2 tu

Sama macam kuih bilis lilit tu..mhl sbb kerja melilit tu je..bhn2 dia sekadar ikn bilis dan tepung je
Quote chazey 17-6-2017 02:21 PM
Macam pprt sangat rupanya.
Quote jazaa100 18-6-2017 09:11 AM
myakayina replied at 16-6-2017 12:55 PM
mcm ngeri plk nak mkn..

Kau ni....

Aku tgok mcm mnyelerakn je, kau blh kata ngeri....


Quote jazaa100 18-6-2017 09:13 AM
kentel replied at 16-6-2017 03:41 PM
bila da sejuk dia punya liat tu...ngko rasa nk terbalikkan meja sungguh la

Kulit popia mana pulak liat kentel....

Quote izzat1987 18-6-2017 07:06 PM
X berapa gemar sgt dgn udang sanggul tapi kalau ayam or sotong gunting bercili tu memang perrrgh hari2 beli
Quote syue86 19-6-2017 08:52 AM
tringat song ji hyo masak benda ni
tp lilit ngn spageti skali keras ko bila nk mkn
Quote myakayina 19-6-2017 10:59 AM
jazaa100 replied at 18-6-2017 09:11 AM
Kau ni....  

Aku tgok mcm mnyelerakn je, kau blh kata ngeri....

aku terbayang balutan mumia tengok udang ni..
Quote hatikudus 19-6-2017 02:27 PM
myakayina replied at 19-6-2017 10:59 AM
aku terbayang balutan mumia tengok udang ni..

Mcm ulat sutera pun ada aku nengoknya
Quote tacanghunterz89 22-6-2017 10:20 AM
Sedap tp jenuh nk gunting
Quote swayne 23-6-2017 11:34 PM
I makan udang tempura je pun sodap. Tak rajin nak sanggul sanggul ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.057934 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top