Remaja lelaki yang dibuli dan dipukul sehingga mengalami kecederaan parah oleh sekumpulan remaja awal pagi Sabtu lepas di Jalan Kaki Bukit, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown kelmarin. Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima maklumat daripada HPP mengenai kematian T. Nhaveen, 18, pada 6 petang semalam. “Remaja itu yang cedera parah dalam kejadian berkenaan dilaporkan mati otak. Polis akan menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.” Katanya tiga remaja berusia 18 hingga 19 tahun yang tamat reman esok akan direman semula manakala dua pelajar tingkatan empat dan lima juga akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes tersebut.
Dalam kejadian 2.10 pagi Sabtu lalu, Nhaveen cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki manakala rakannya berusia 19 tahun melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan.- CARI |
16
Bagus |
23
Marah |
28
Terkejut |
16
Sedih |
14
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
WeAiNe replied at 16-6-2017 09:57 AM
pelaku dapat ditangkap tak?
hukuman akta berapa
maaf tak ikut sebab sibuk di rumah sebelah hehee
“Remaja itu yang cedera parah dalam kejadian berkenaan dilaporkan mati otak. Polis akan menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.”
ADVERTISEMENT