Heboh di laman sosial dengan kuih raya viral yang satu ini. Biskut ulat bulu, begitulah yang dikatakan menerusi resipi yang dipetik di laman Facebook itu.
Memang rupa bentuknya yang memanjang kelihatan seperti ulat beluncas membuatkan ramai yang berasa teruja. Tak kurang juga yang berasa geli geleman, maklumlah masih tidak biasa dengan kuih muih yang didatangkan dengan bentuk sedemikian. Rasanya dikatakan seperti biskut makmur, yang bezanya cuma bentuk sahaja. Jom cuba, mana tahu boleh buat kejutan kepada para tetamu nanti. Bahan-bahan: 1 cawan tepung jagung (ayak)
2 cawan tepung gandum (ayak) 1 buku mentega 3 biji kuning telur 1 sudu esen vanila 1 sudu perisa pandan Pewarna hijau Gula halus untuk ditabur Kurma untuk inti Cara-cara membuatnya: 1. Pukul mentega bersama-sama telur kuning sampai kembang. 2. Masukkan perisa pandan, esen vanilla dan sedikit pewarna hijau. Kemudian pukul. Pewarna tu jangan banyak sangat nanti terlebih hijau pula nanti. 3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Agak-agak adunan boleh dibentuk. Tepung gandum itu tidak perlu dihabiskan. 4. Ambil doh sebesar duit 50 sen. Kasi leper dan masukkan inti kurma. 5. Gulung dan bentukkan memanjang dan tekan gunakan garfu. Kalau mahu cantik bentuknya, letak atas(tengah) tapak tangan dan genggam tangan. 6. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 15-20 minit. 7.Taburkan gula halus pada biskut sebagai bulunya. Tabur ketika biskut sudah sejuk. - CARI Kredit resipi: FB Hairul Nizam Ijam |
22
Bagus |
25
Marah |
17
Terkejut |
16
Sedih |
23
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zawara replied at 15-6-2017 09:44 PM
tak suka kurma
tengku_anggun00 replied at 15-6-2017 02:46 PM
kuih pon hipster bagai....mazola gak yg tetap di hati....
tengku_anggun00 replied at 15-6-2017 02:46 PM
kuih pon hipster bagai....mazola gak yg tetap di hati....
ItisDD replied at 16-6-2017 06:16 AM
Uols sama mcm anak iols, x suka kurma.... Buatlah biskut tu cantik @ sesedap mana pun tp kalo dia ...
mujer_in_espejo replied at 15-6-2017 04:26 PM
Ni kan kuih ulat bulu zmn nenek aku dlu2 lg dah ada.. Ni kuih tradisi zmn childhood aku taw
pearl.silver replied at 17-6-2017 02:20 PM
Dok tgk kt instagram...ramai yg letak mata satu..
Horror btul..mcm ulat dajal dah
ADVERTISEMENT