Bila tibanya bulan Ramadan, majlis berbuka puasa yang diadakan di masjid dan surau adalah sangat sinonim di negara ini. Bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim, majlis seperti ini juga memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati juadah yang disediakan.
Namun sayangnya kisah yang dimuat naik di laman Facebook Penang Kini ini membuka mata kita tentang sikap segelintir manusia yang boleh disifatkan sebagai biadab. Seorang wanita yang datang untuk berbuka puasa di sebuah surau di Bayan Baru dimalukan dengan teruk sekali oleh lelaki tua yang dipercayai salah seorang ahli jawatankuasa surau terbabit. Wanita tersebut disergah semasa mahu menambah lauk udang sebanyak dua ekor lagi untuk berbuka puasa.
"Mana boleh ambil banyak, mai nak berbuka saja bukan nak sembahyang pun. Ambil satu sudah!" Bayangkan sahaja muka dan reaksi wanita terbabit apabila dilayan sebegitu , apatah lagi ianya berlaku di dalam sebuah surau. Netizen yang membaca kisah ini masing-masing meluahkan perasaan kecewa dengan sikap lelaki tua terbabit. "Orang tua macam ni lah yang buat orang muda tak nak pergi surau." "Itu rezeki orang ramai, apa hak kau tak bagi orang ambil lauk." "Alim konon duk surau, tapi otak tak ada malukan orang." Terkilan rasanya bila mendengar mereka yang lebih tua langsung tidak memberikan contoh yang baik kepada yang lebih muda. Rezeki adalah untuk dikongsi bersama dan sepatutnya sikap negatif sebegini perlu dibuang jauh-jauh dari diri kita. Apa kata anda? -CARI
|
20
Bagus |
22
Marah |
9
Terkejut |
23
Sedih |
24
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mamapea replied at 13-6-2017 11:10 AM
aku pun x suka kalau org jemput kita dtg ke kenduri dia tp kena bgtau dtg ke tak sbb nak budget mknn ...
mamapea replied at 13-6-2017 11:10 AM
aku pun x suka kalau org jemput kita dtg ke kenduri dia tp kena bgtau dtg ke tak sbb nak budget mknn ...
swayne replied at 13-6-2017 11:41 AM
Tapi ni trend sekarang kan. Diorang wajibkan kita rsvp. I pernah dapat invitation kawan i kahwin, ...
ADVERTISEMENT